in

“260 juta rakyat India sakit mental sebab lockdown”- Kajian! Covid-19 Dijangka Beri Kesan Besar Kesihatan Mental Penduduk Dunia

Feat 21

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Memasuki hari pertama fasa ketiga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermakna sudah 1 bulan 1 hari rakyat di negara ini #StayAtHome sama ada bekerja dari rumah atau pun tak.


Pelbagai reaksi masyarakat berhubung lanjutan PKP sehingga 28 April ini namun hakikatnya inilah yang perlu kita terima bagi menghentikan rantaian Covid-19 di negara ini.

Terbaru kajian menunjukkan Covid-19 dijangka akan beri kesan besar dan berpanjangan pada kesihatan mental penduduk dunia, lapor Sinar Harian.

WHATTTT!

 

COVID-19 buat rakyat MURUNG?!

 

Kajian Persatuan Psikiatri India

  • 1 daripada 5 rakyat India atau lebih 260 juta daripada 1.3 bilion rakyatnya hadapi masalah kesihatan mental akibat ‘lockdown’ di negara itu.
  • Majoriti daripada mereka takut hilang nyawa, pekerjaan dan kejatuhan perniagaan.

Virus Outbreak India

Kajian Jurnal Perubatan Lancet

“Wabak Covid-19 akan meninggalkan kesan psikologi terhadap rakyat AS, sama seperti Tragedi 11 September 2001 serta Taufan Katrina pada tahun 2005 dan Taufan Harvey pada 2017.”

 

“Sokongan emosi, psikologi dan kaunseling, isu utama sepanjang PKP” – Datuk Dr Noor Hisham

630459

Malah sebelum ini Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, isu utama yang dikemukakan rakyat sepanjang PKP adalah melibatkan sokongan emosi, psikologi dan kaunseling.

Perkara itu diteliti menerusi talian kaunseling Kementerian Kesihatan Malaysia.

So jangan pandang remeh isu kemurungan musim Covid-19 ni!

Baca : Elok lockdown je- Pelik! Jalan Raya Depan IOI Mall Puchong Sesak Luar Biasa Waktu PKP

Untitled Design 3 5

Sumber: The National

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.