in

Kapsul Anti-Viral Covid-19 Keluaran Pfizer, Dakwa Mampu Kurangkan Kemasukan Ke Hospital

1Pfizer

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Syarikat pengeluar vaksin, Pfizer, baru sahaja mengeluarkan kapsul anti-viral Covid-19. Menggunakan nama Paxlovid, syarikat tersebut mendakwa kapsul tersebut menunjukkan keupayaan untuk mengurangkan kemasukan pesakit ke hospital dan bilangan kematian akibat Covid-19 dalam kalangan golongan rentan sehingga 89%.


Screenshot 2021 11 06 At 10.15.54 Am

Menurut laporan Astro Awani, hasil ujian klinikal ke atas kapsul Paxlovd ini didedahkan sehari selepas pihak kawal selia ubat-ubatan United Kingdom (UK) meluluskan kapsul dengan fungsi sama dari Merck. Pihak Pfizer telah menamatkan ujian klinikal ke atas Paxlovid susulan keputusan awal yang sangat positif.

Screenshot 2021 11 06 At 10.17.55 Am

Walau bagaimanapun, Paxlovid masih belum mendapat kelulusan pihak kawal selia perubatan. Sekiranya diluluskan, kapsul anti-viral ini bakal menjadi salah satu medium alternatif pertahanan untuk mengekang penularan virus Covid-19 selain vaksin dan rawatan lain.

Screenshot 2021 11 06 At 10.17.22 Am

Pihak Pfizer juga merancang untuk mengemukakan keputusan awal ujian klinikal kapsul Paxlovid kepada Badan Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) Amerika Syarikat dalam masa terdekat.

 

Baca: Penggunaan Vaksin Pfizer Untuk Kanak-kanak 5 Hingga 11 Tahun Diluluskan – FDA

Screenshot 2021 11 06 At 10.19.48 Am

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.