in

“Sebab Malaysia mudah simpati” – Sanggup Berhimpit & Siapa Mati Mayat Dibuang Dalam Laut, Demi Untuk Masuk Malaysia

Featured3 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sanggup merisikokan nyawa berada di tengah lautan yang gelap gelita dan datang tanpa diundang dengan menaiki bot besar. Itulah dia pendatang tanpa izin (PATI) yang menceroboh masuk perairan Malaysia.


Menurut Bernama, ratusan PATI menggunakan keadaan mereka yang daif berhimpit dalam bot sebagai umpan agar dapat meraih simpati pihak berkuasa. Malah, pada awal Jun seramai 269 sanggup membocorkan dan merosakkan enjit bot semata-mata untuk elak daripada diusir.

Bukan itu sahaja, mereka juga sanggup berlutut sepanjang pelayaran berbulan-bulan itu supaya lebih ramai penumpang dapat dimuatkan di dalam bot. Wanita dan kanak-kanak akan diletakkan di bahagian atas manakala lelaki pula di bahagian bawah tempat enjin bot serta satu ruangan kecil pula dijadikan sebagai dapur.

Pati3

Tinjauan juga mendapati bot haram itu berbau sangat busuk yang datang daripada keadaannya yang kotor dan bercampur dengan bau minyak diesel. Timbalan Pengarah Operasi APMM Kedah dan Perlis Kpt Zulinda Ramly berkata di antara 269 PATI yang ditahan itu ada yang hidup dan ada juga yang telah mati ketika dalam pelayaran.

Pasukan APMM juga telah menemukan satu mayat di dalam bot tersebut. Lebih dahsyat lagi sesiapa yang meninggal dunia ketika dalam pelayaran, mayat mereka akan dibuang saja ke dalam laut. 

Pati5

Pati1

“Lebih kurang 50 mayat telah dibuang dipercayai ke perairan antarabangsa, kerana telah meninggal dunia semasa dalam tempoh pelayaran, sebelum tiba di perairan Malaysia.”

“Apabila mereka telah membuang mayat, jumlah selebihnya iaitu 269 pendatang tanpa izin meneruskan perjalanan ke perairan negara, sebelum 50 orang daripada mereka, terjun ke laut apabila menyedari kehadiran bot pihak berkuasa yang mengesan mereka berhampiran Teluk Nibong.”

Zulinda juga berkata pihaknya dan Pasukan Polis Marin (PPM) telah menyelamatkan 50 PATI itu dan membawa mereka ke bot asal untuk diusir ke perairan antarabangsa. Bagaimanapun, usaha itu gagal apabila mereka sengapa membocorkan dan merosakkan enjit bot.

“Akibat tindakan mereka APMM memeriksa keadaan bot mereka  dan mendapati, separuh daripada generator pertama bot ditenggelami air lebih kurang paras dada.”

“Oleh yang demikian, saya menghubungi Komander NTF untuk arahan lanjut menunda bot mereka untuk dibawa ke perairan cetek bagi kerja-kerja mengepam air keluar dari bot, namun tidak berjaya kerana air semakin banyak masuk.”

Pati4

Disebabkan itu, APMM terpaksa meminta bantuan bot nelayan tempatan untuk menunda bot mereka ke perairan utara berhampiran Pantai Pasir Tengkorak dan membawa bot di jeti kilang simen dengan bantuan PPM.

Untuk rekod, pada tahun ini sahaja APMM dilaporkan telah menahan empat buah bot iaitu sebuah pada bulan Mac, dua pada bulan April dan sebuah lagi pada awal Jun lalu.

Baca: “Kebalnya pendatang haram” – Rakyat Persoal Warga Asing ‘Dibiar’ Buka Kedai Tanpa Gangguan Pihak Berkuasa

Pendatang Kebal

Sumber: Bernama
Sumber: Perak Today
Sumber: Isma Web
Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.