in

“Apesal sangap sangat”-Lelaki Tergamak Hentak Isteri Dengan Batu Sampai Mati Dan Bakar Anak Lepas Ditolak Ajakan Buat Seks

Featured 14

Seorang lelaki tergamak membunuh isteri dan membakar rumah mereka hanya kerana si isteri menolak ajakan untuk melakukan seks dalam kejadian di Kramat Jati di bahagian Timur Jakarta.

Akibat daripada kebakaran tersebut, anak mereka yang berusia 5 tahun di yang berada di dalam rumah ketika itu mengalami cedera parah, lapor coconuts.co

Ketika kejadian suspek dalam keadaan bertelanjang bulat, manakala isterinnya masih mengenakan pakaian tidur. Jadi wujud alasan yang munasabah bahawa isterinya tak mahu melakukan hubungan seks dan menyebabkan dia menghentak muka isterinya menggunakan batu sebelum menikam wanita tersebut.”

Polis berkata selepas Jumharyo membunuh isterinya, dia kemudiannya membakar katil mereka dan berharap dapat membakar rumahnya sekali, sekaligus dapat menghapuskan bukti.

Bakar Rumah

Namun, api tersebut tidak langsung membakar mayat isterinya sebaliknya merebak ke bilik lain termasuk bilik anak mereka yang sedang tidur ketika itu.

“Badan kanak-kanak itu terbakar 80%. Muka dan belakang badannya habis terbakar”

Jiran yang menyaksikan kebakaran tersebut terus menyelamatkan kanak-kanak itu sebelum menangkap Jumharyonon dan menyerahkannya kepada pihak polis.

Kes tersebut masih lagi dalam siasatan dan polis percaya lelaki itu mempunyai hypersexuality disorder sehingga menyebabkan dia tergamak melakukan sedemikian rupa.

 

Baca : Great Fire of London 1666 : Tragedi Pelik Dan Fakta Sebenar Kebakaran Yang Musnahkan Hampir Seluruh Kota London

Satu