Musim peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sudah tiba, debaran yang dirasai bukan biasa-biasa, hinggakan ada yang gementar teramat sangat, malah ada yang hingga diserang ‘anxiety’ dan tidak mampu melangkah ke sekolah.
Baru-baru ini, tular satu perkongsian menyentuh hati di media sosial oleh seorang wanita dikenali sebagai @anom.zaheah yang menceritakan kegigihan barisan pendidik dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dalam menyelamatkan masa depan seorang calon SPM.
Artikel berkaitan : Momen 700 Pelajar SPM Selangor Terima Juadah Nasi Tomato Buat Ramai Tersentuh
Artikel berkaitan : Asyraf Wajdi Berang Isu Ayam Tak Masak di MRSM TGB, Pelajar SPM Terjejas
“Umi datang nak ambil saya?”
Menurut hantaran tersebut, seorang pelajar hampir tidak hadir ke sekolah untuk menduduki kertas peperiksaan SPM hari pertama disebabkan mengalami masalah anxiety.
Enggan melihat masa depan anak murid mereka musnah begitu sahaja, pihak AJK PIBG bersama Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PK HEM) dari Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Tiga (SMKJ 3) Badar Baru Bangi serta beberapa orang lagi guru tidak membuang masa lalu terus pergi ke rumah pelajar berkenaan untuk memujuk dan membawanya ke sekolah.

Berkat usaha gigih dan keprihatinan luar biasa daripada barisan guru dan AJK PIBG ini, pelajar tersebut akhirnya berjaya dibawa ke sekolah dan selamat menduduki peperiksaan di hari pertama ia dijalankan.
Sikap prihatin guru & PIBG dipuji
Rata-rata netizen yang membaca perkongsian tersebut meluahkan rasa kagum dan terharu dengan tindakan pantas serta keprihatinan para guru dan AJK PIBG yang sanggup ‘turun padang’ demi memastikan anak didik mereka tidak tercicir.

Sumber : Threads
