in

“Saya tunaikan hajat dia” – Gadis Sempat Jerit ‘Best Gila’ Sebelum Terhempas Atas Batu Semasa Main ‘Rope Swing’ di Kuala Kubu Bharu

Rope Swing

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebab itulah kata orang, malang tidak berbau. Tiada siapa sangka perkara yang pada awalnya mendatangkan kegembiraan tetapi berakhir dengan sesuatu yang tragis.

Menurut mStar, kegembiraan Siti Halijah Abd Rahim, 33, dalam mengikuti aktiviti ekstrem berubah menjadi sesuatu yang ngeri apabila dia patah tulang belakang selepas terjatuh sewaktu melakukan aktiviti terjunan ‘rope swing’ di Kuala Kubu Bharu, Selangor pada Ahad lalu. 


120240790 3957709974257830 8431633139283332179 N

Adik Siti Halijah, Mohamad Yakub Abd Rahim, 31, yang menceritakan hal tersebut berkata, kakaknya baru saja selesai melakukan terjunan dan tergantung pada ketinggian 10 meter sebelum berlaku kesilapan teknikal pada kabel yang menyebabkan dia terhempas ke batu dan jatuh ke dalam sungai. Allah… 

Katanya lagi, pada waktu itu, dia baru saja selesai lakukan terjunan sementara ahli keluarga lain termasuk ibunya sedang memerhati di platform tinjauan.

“Kakak memang suka sukan ekstrem. Sehari sebelum kejadian pun dia pergi mendaki gunung di Negeri Sembilan dan pulang dalam pukul 12 malam. 

“Dah lama dia nak buat terjunan rope swing. Dah banyak kali… saya tepis dia ajak, tapi kali ni saya tunaikan hajat lama dia. Kami sekeluarga pergi pada hari tu termasuklah emak,” katanya.

 

“Dia kata best gila. Saya pusing…” 

Tambahnya lagi, kejadian itu berlaku dengan pantas sekali dan dia sempat bersembang dengan kakaknya sebelum wanita itu terhempas jatuh.

“Selepas daftar, giliran saya terjun dahulu. Masa saya kat bawah, saya tengok dia terjun dan swing sampai berhenti. 

“Kira-kira 10 meter dari atas air, saya sempat sembang dengan dia. Dia kata best gila. Saya pusing ke belakang nak ke tempat dia mendarat, tiba-tiba dengar bunyi jatuh… sekelip mata,” ujarnya lagi.

120415275 3957710014257826 3182055062769807596 N

Kakaknya yang berada di dalam air diselamatkan petugas water rafting yang berada berdekatan sebelum dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu.

Selepas menerima rawatan awal, kakaknya dipindahkan ke Hospital Selayang dan jalani pembedahan patah tulang belakang pada hari Selasa.

 

Keluarga tak tuding jadi kepada penyedia khidmat aktiviti 

Kata Yakub lagi, semasa diselamatkan, Siti Halijah tidak sedar dan tidak ingat apa-apa yang berlaku.

“Masa diselamatkan kakak memang tak sedar. Mereka pam dada dan kemudiannya kakak sedar. Masa tu kakak tak ingat apa-apa, dia tanya kita ada kat mana? 

“Saya cakap, kita jalan-jalan je… dia boleh bercakap tapi sangat lemah. Dia kata kaki dia tak rasa. Dia ulang ayat kaki tak rasa tu sampailah kami tiba di hospital,” katanya.

Kakak 1

Yakub sekeluarga walau bagaimanapun tidak menuding jari kepada penyedia khidmat aktiviti tersebut dan pihak tersebut juga telah menyatakan mahu bertanggungjawab atas apa yang berlaku.

Tambah Yakub lagi, dia menganggap apa yang berlaku ketentuan Allah dan harap kakaknya sembuh tak lama lagi.

Semoga kakaknya cepat sembuh. Bagi mereka yang nak membantu, bolehlah hubungi Yakub di talian 012-2836884. 

Baca: “Boleh mati terus kalau terjatuh” – Demi Buat TikTok, 2 Remaja Risiko Nyawa Berlari Atas Runtuhan Istana Tinggi 60 Kaki

Jatuh

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: mStar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.