in

“Saya tidak serik” – Hafiz Hamidun Mengaku Sedang ‘Berkawan’ Dengan Selebriti Sosmed Berstatus Janda Dari Negara Seberang

Suka Janda

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setelah sekian lama mendiamkan diri dalam soal cinta dan perhubungan, penyanyi dan komposer Hafiz Hamidun akhirnya buka mulut dan mengakui yang dia kini dalam fasa mengenali seorang wanita.


Menurut Harian Metro, Hafiz kini sedang ‘berkawan’ dengan selebriti media sosial berstatus janda dari negara seberang sejak setahun yang lalu. Alhamdulillah… 

 

“Selepas bercerai, saya tidak serik untuk berkawan dengan mana-mana wanita” 

Hafiz yang berusia 35 tahun berkata, dia kini sangat selesa berkawan dengan usahawan wanita berusia 20-an tu kerana personalitinya yang menyenangkan.

“Selepas bercerai, saya sebenarnya tidak serik untuk berkawan dengan mana-mana wanita atau menutup pintu hati berkahwin lagi.

“Setakat ini, hubungan saya dengan wanita terbabit juga berjalan dengan baik walaupun dia menetap di Indonesia,” katanya.

Pun begitu, Hafiz tak letak sasaran untuk bila dia akan melangkah ke fasa perkahwinan dan tidak juga menolak kalau jodoh datang cepat.

 

“Dua tahun dulu, saya memang ada sasaran untuk berkahwin tapi berakhir dengan penceraian” 

Tambah Hafiz lagi, fokus dan keutamaannya kini terarah pada karier seni dan bisnes yang diceburi.

“Banyak perkara yang perlu diselesaikan terlebih dulu sebelum saya merancang untuk ke fasa perkahwinan.

“Jika dua tahun lalu, saya memang ada sasaran untuk berkahwin tetapi perkahwinan pula berakhir dengan perceraian.

“Apapun, saya reda kerana percaya ia bukan salah saya dan tidak menyalahkan sesiapapun perceraian yang berlaku kerana ia ketentuan Allah SWT,” katanya.

Dalam masa yang sama, Hafiz juga masih berhati-hati dalam jalinkan hubungan atau buat sebarang perancangan berkahwin kerana takut dihimpit kontroversi lagi.

Terdahulu, Hafiz pernah mendirikan rumah tangga dengan usahawan kosmetik, Joy Revfa pada 1 Mei 2017 tetap bercerai talak satu pada 25 Oktober 2017 lepas 5 bulan berkahwin.

Kita doakan yang baik-baik buat Hafiz ya. Bekas isterinya pun dah bahagia sekarang. 

Baca: “Thanks Mr. J selalu hantar roses” – Joy Revfa Sudah Ada Pengganti Baru Hafiz Hamidun?

Joy

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.