in

“Saya tidak mahu menafikan, kalau ada yang mengiyakan..” – Hazeeq Dean Jawab Isu Foto Bercumbu Di Photobooth Mall

ft hazeeq dean

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pelakon Hazeeq Dean akhirnya telah tampil memberikan penjelasan berhubung dengan foto mesra yang dikatakan bersama pelakon Dayang Areeda yang pernah tular dan hangat diperkatakan sebelum ini.

Menurut sumber Gempak, pemilik nama sebenar Mohamad Haziq Nazimuddin memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai perkara tersebut kerana ingin jaga privasi semua pihak.


Artikel berkaitan : Dua Pelakon Kantoi Berc*molot Dalam Photobooth Di Sebuah Mall Di KL

Artikel berkaitan : “Perkara dah jadi…” – Pelakon Bermalam Di Lokap Arab Saudi Gara-gara Pakai Baju ‘Save Palestine’

 

Tidak nafikan dan tidak mengiyakan

122995271 3570346116362827 3975527277849725558 n

Kata Hazeeq, dia tidak begitu cakna berkenaan dengan isu viral tersebut semenjak menjadi seorang pelakon. Katanya lagi, dia hanya ingin memberikan fokus kepada kerjaya lakonan tanpa terpalit dengan sebarang gosip yang menjejaskan reputasinya.

“Sebenarnya saya tidak tahu apa-apa tentang isu yang viral ini. Sejak jadi pelakon, saya lebih fokus pada kerja lakonan drama dan filem, kebetulan pula bisnes saya semakin berkembang.”

“Fokus saya hanya untuk kerja, jadi apa-apa yang viral ini saya tak ada benda nak komen untuk menjaga privasi semua orang. Saya tidak mahu menafikan atau menidakkan dengan apa yang berlaku.”

“Saya hanya mahu fokus kepada perkara yang beri manfaat kepada diri sendiri. Contohnya mahu memperbaiki diri untuk jadi lebih baik dalam bidang lakonan.

“Bagi saya apa saja yang tular bukan hak saya untuk komen. Kita tiada hak untuk tutup mulut orang atau halang apa yang mereka mahu lakukan. Selagi saya boleh fokus dengan kerjaya, saya baik-baik saja.”

Ditanya tentang mengenai hubungan cinta dengan Dayang Areeda, Hazeeq tidak mengiyakan mahupun menafikan perkara tersebut.

hazeeq

“Soal menjalin hubungan cinta atau tidak itu terlalu privasi. Satu hari nanti kalau sudah bersedia, saya akan kongsikan kepada semua.”

“Saya memilih untuk menjaga privasi dan tidak mahu komen tentang hubungan ini. Kalau ada yang mengiyakan saya tidak kisah kerana ia bukan keluar daripada mulut saya sendiri.”

“Untuk siapa yang tahu saya sekarang dengan siapa, kalau jumpa di luar mereka tahulah. Tapi untuk saya umumkan, rasanya belum tiba masanya lagi.”

Sebelum ini tular foto dua orang pelakon melakukan aksi tidak senonoh ketika bergambar di photobooth di sebuah membeli-belah.

Ianya tular selepas orang awam secara tidak sengaja menemuinya apabila ianya ditampal bersama koleksi foto pelanggan lain.

Sumber : Gempak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.