Saat melahirkan bayi, sememangnya ibu bapa ‘baru’ ini akan berasa sangat gembira kerana keluarga telah lengkap dengan kehadiran cahaya mata dalam kehidupan.
Namun, emosi para ibu yang baru melahirkan anak ini juga sering kali terganggu disebabkan penat menjaga si kecil yang meragam siang dan malam.
Emosi ibu yang tidak dijaga ini boleh mendatangkan kesan buruk kepada kesihatan mental ibu seperti penyakit meroyan dan sebagainya.
Anak yang baru lahir itu semestinya memerlukan penjagaan yang sangat rapi kerana mereka masih lagi kecil dan terdedah dengan bahaya-bahaya di persekitaran.
Namun, insiden yang tidak disengajakan boleh berlaku kepada mana-mana ibu dan ia adalah perkara yang normal.
Rasa bersalah kerana terjatuhkan bayi atas lantai
Menurut perkongsian seorang pakar paediatrik, Dr Redza Zainol, beliau telah memuat naik satu postingan yang menarik di laman Facebook miliknya berkaitan dengan kisah seorang ibu yang baru melahirkan anak.
Menurutnya, seorang ibu dikatakan berasa sangat bersalah kerana telah menyebabkan bayinya yang baru berusia 2 hari terjatuh ke lantai!
Allahu.
“Saya terlalu penat”
Perkara ini bukan berlaku disebabkan kecuaian si ibu dalam menjaga anaknya, namun dia sebenarnya berasa sangat letih kerana perlu berjaga pada setiap dua ke tiga jam pada setiap malam untuk menyusukan anaknya.
Hal ini menyebabkan dia tertidur dalam posisi terduduk sambil menyusukan anak.
Anak yang diribanya terlepas dan terus jatuh tergolek ke lantai.
Semuanya berlaku sangat pantas. Saya pun tak ingat
Ibu bukan ‘Superwoman’
Doktor itu turut menjelaskan bahawa ibu bukannya ‘Superwoman‘. Mereka juga memerlukan waktu rehat, makan dan tidur yang mencukupi.
Tambah doktor itu lagi, suami pun perlu bersama-sama bantu isteri sebagai tanda penghargaan terhadap pengorbanan seorang isteri yang telah bertarung nyawa untuk melahirkan zuriat.
Jaga diri baik-baik. Suami pun sama-sama bantu isteri. Itulah tanda kita hargai pengorbanan isteri
Ibu yang terlampau penat, boleh mengundang kemalangan
Dalam postingan itu juga, Dr Redza Zainol juga ada memberi peringatan serta nasihat untuk para suami supaya membantu isteri sama-sama menjaga anak kecil.
Bukan sahaja suami perlu memainkan peranan penting, pihak lain seperti pembantu juga perlu memantau agar bayi berada dalam keadaan yang selamat sekiranya ibu terlampau penat menyusukan bayi.
Menurut Dr Redza, ibu yang terlampau penat dan tak dibantu boleh mengundang kemalangan. Antaranya ada bayi terjatuh ketika menyusu dan seterusnya menyebabkan bayi tersangkut pada cadar, selimut atau pakaian ibu sehingga lemas.
Ada juga kes di mana bayi yang lemas disebabkan ibu atau ayah tertidur dan tertindih bayi akibat terlalu letih.
Dr Redza juga ada menitipkan beberapa pesanan buat para ibu dan bapa dalam postingan tersebut.
Jangan biarkan baby tidur meniarap melainkan kalau dia dah pandai pusingkan badan sendiri
Tak usah letakkan bantal, comforter atau patung mainan atas tilam bayi – kurangkan risiko bayi lemas
Sama-samalah kita belajar supaya anak berada dalam keadaan yang selamat.
Baca: “Apasal aku yang berair mata ni?” [VIDEO] Ramai Tersentuh Dengan Video Kanak-kanak Lelaki Menangis Sebab Risau Keadaan Ibu Lepas Lahirkan Adik Baru