in

“Saya tak tahu apa2” – Rossa Sera Terkejut Rumah RM1.2 Juta Telah Dijual Shuk Sahar

Page Sera

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Umum pastinya sedia maklum dengan kisah rumah tangga pelawak Shuk Sahar dan juga isterinya iaitu Rossa Sera yang menjadi bualan orang ramai sehingga ke hari ini. Apatah lagi, netizen turut tertanya-tanya dengan status terkini mengenai hubungan mereka berdua.



Selepas hampir setahun mendiamkan diri, akhirnya Rossa Sera atau mesra dipanggil Sera, tampil memberikan penjelasan tentang status rumah tangganya bersama Shuk Sahar dengan mengatakan yang mereka masih dalam fasa perbincangan dan hanya bertemu atas urusan keluarga saja.

Sera

Bercakap kepada Astro Gempak, Sera menegaskan bahawa mereka masih mencuba untuk mencari jalan yang terbaik buat hubungan mereka berdua, jadi dia tak boleh untuk mengulas dengan lebih mendalam.

“Last jumpa 7-8 bulan lepas”

Ujarnya lagi, dia tidak menghalang anak-anaknya untuk berjumpa dengan Shuk malah mereka kerap saja meluangkan masa bersama cuma Sera saja yang jarang bersua muka dengan suaminya.

“Last saya jumpa dengan dia 7 ke 8 bulan lepas. Selain daripada tu, kami akan berhubung hal anak-anak melalui WhatsApp je” – Tambah Sera

“Saya tak tahu apa-apa & tak berani nak bagi komen”

Susulan itu juga, Sera turut menjawab soalan tentang rumah mereka yang bernilai RM1.2 juta telah pun dijual oleh Shuk, dia akui yang dirinya terkilan kerana tak dimaklumkan apa-apa mengenai penjualan rumah itu.

Shuk

“Saya tak tahu apa-apa sebab lepas saya keluar dari rumah tu tahun lepas, saya tak pernah balik semula ke sana. Jadi, saya sangat sedih” – Luah Sera

Difahamkan Sera pernah memfailkan perceraian kepada Shuk pada November 2021 lalu selepas mendirikan rumah tangga sejak 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain, 5, serta Nur Assyifatu Aimi, 2.

Kita sama-sama doakan yang terbaik untuk Sera dan Shuk ya. Semoga semuanya dimudahkan…

Baca: “Tak rasa bersalah ke?” – [VIDEO] Soalan Pedas Pak Nil Pasal Isu Curang Buat Shuk Terdiam

Untitled 1 1

Sumber: Astro Gempak
Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.