in

“Tak rasa bersalah ke?” – [VIDEO] Soalan Pedas Pak Nil Pasal Isu Curang Buat Shuk Terdiam

Soalan Pedas Pak Nil 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kemelut rumah tangga pelawak terkenal, Shuk Sahar atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar sememangnya sudah diketahui umum apabila dakwaan berlaku curang terhadap isteri berlegar-legar di media sosial sejak beberapa tahun kebelakangan ini.


Dia yang sudah menjual rumah mewah di Denai Alam nampaknya telah memulakan kehidupan baru di Pulau Pinang apabila kurang mendapat tawaran dalam dunia hiburan disebabkan masalah yang berlaku.

Adakah Shuk ni kemaruk curang? 

Baru-baru ini, menerusi perkongsian dari TikTok @imranimlap berkenaan beberapa klip video Program Hard To Heart yang dikenalikan oleh pengacara terkenal, Datuk Aznil Haji Nawawi atau mesra disapa Pak Nil, Shuk telah meluahkan apa yang berlaku berdasarkan pertanyaan daripada Pak Nil.

@imranimlap

#hardtoheart #fyp Shuk Sahar pt2

♬ original sound – imran imlap – imran imlap

Mengaku salah, Shuk rasa ‘kosong’

4 6

Dia mengakui yang sudah tidak tinggal sebumbung dengan isterinya, iaitu Sera namun belum lagi ke mahkamah untuk proses selanjutnya. Pelawak ini turut menjelaskan tentang keadaan dirinya yang sentiasa merindui anak-anak, kerjaya dan rasa kehilangan keluarga tersayang.

Shuk juga memaklumkan bahawa apa yang terjadi adalah salahnya dan disebabkan ia kerap berulang-ulang, isterinya sudah tidak mampu lagi untuk mempertahankan rumah tangga mereka. Bahkan, dia juga menyatakan yang Sera sudah menanggung derita disebabkan kecurangannya sejak 4 tahun yang lalu sepanjang tempoh 6 tahun berumah tangga.

Berbaloi ke curang berulang kali?

2 14

Dalam perbualan tersebut, Pak Nil dengan nada kecewa sempat bertanya kepada Shuk bahawa adakah dia rasa berbaloi berlaku curang berulang kali sehingga isterinya terluka dan persoalan tersebut membuatkan Shuk tertunduk serta mengakui ia sangat tidak berbaloi.

Tambahnya, dia bukan hanya kehilangan segala-galanya, tetapi rakan-rakan turut menjauhinya selepas kontroversi tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan netizen mereka berasa ralat dengan Shuk dan faham perasaan kecewa Pak Nil. Namun, mereka tetap mendoakan agar Shuk Sahar berubah menjadi lebih baik pada masa hadapan.

8 5

Rasanya ramai yang boleh ambil pengajaran daripada program Pak Nil ni!

Baca: “Bila nak mula shooting saja, tiba-tiba tak lulus” – Shuk Sahar Kena Banned Stesen TV?”

Bawah 16

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.