in

“Saya tak nak mati…” – Parents Kurung Anak Dalam Bilik Kedap Udara Sebab Malu Anak Dapat HIV

Collage 20

Parents mana yang sanggup nak tengok anak sendiri merana kesakitan? Lagi-lagi kalau anak sakit kronik, benda pertama yang dorang sanggup buat adalah usaha sampai anak sembuh.

Tapi, bagi parents ni lain pula…

Baru-baru ni, seorang pengguna Twitter, kongsikan insiden menyayat hati yang berlaku 8 tahun lalu terhadap seorang remaja berusia 15 tahun yang menghidap HIV.

Disebabkan stigma masyarakat, kebanyakan pesakit HIV biasanya akan dipinggirkan atau dicemuh. Mungkin ini sebabnya, ibu dan ayah remaja berusia 15 tahun yang hanya dikenali sebagai MS ini bertindak untuk kurung anak dorang sejurus selepas dorang dapat tahu MS ada HIV.

“Dah sebulan demam batuk tak baik-baik”

Menurut cerita penuh dari sebuah blog yang ditulis oleh salah seorang pekerja sosial, Najmi. Mereka dapat tahu mengenai keadaan MS apabila remaja ini menghantar email kepada salah seorang rakan Najmi, Puan S.

Remaja ini meluahkan tentang keadaan dirinya kepada Puan S dengan mengakui dirinya lembut dan tertarik kepada kaum sejenis hingga melakukan seks sejenis tanpa memakai apa-apa protection.

“Saya rasa ada HIV sebab sudah sebulan demam batuk tidak baik-baik. Sebulan saya tidak ke sekolah.”

Mak saya diam sahaja, tapi akak cakaplah apa saya nak buat… Saya nak nafas pun tak boleh. Kalau saya HIV, mati saya kalau mak ayah tahu.”

Puan S dapat email ini ketika di bulan Ramadan dan cuba dapatkan alamat MS untuk membantunya. Lepas 5 hari, MS beritahu alamatnya berserta mesej merayu untuk diselamatkan.

Akak, tolong cari saya… Saya tak nak mati… Saya nak baju raya warna ungu akak… Datang sini…”

Berkat usaha Puan S dan seorang doktor, mereka berjaya mengesan kedudukan rumah MS dan berusaha untuk bawa MS ke hospital bila nampak keadaannya yang sangat lemah kerana dikurung di dalam bilik kedap udaraAllahuuu

Hiv 1
Gambar hiasan

Bila ambulan tiba di rumah MS, ibu bapa MS mula memaki hamun nurse yang datang untuk membantu anak dorang ke hospital.

Lepas puas menghalang, ibu bapa ni akhirnya mengalah dan menyerahkan segalanya kepada doktor sambil ibu MS berpesan…

Kalau boleh pendekkan nyawa anak saya. Saya redha sebab anak saya dah bawa bala dekat kepada kami.”

Baju Melayu Teluk Belanga 1466333635 Fbcfefe7
Gambar hiasan

Berkat keprihatinan Puan S dan rakan-rakannya, MS berjaya mendapatkan rawatan di hospital. Bukan tu je, Puan S juga cuba untuk menggembirakan MS dengan membelikan baju melayu berwarna ungu untuk disarungkan pada hari raya pertama.

Malangnya menurut Puan S, keadaan MS menjadi semakin teruk hingga tak sedarkan diri. Dia dipindahkan ke CCU lepas tekanan darahnya semakin rendah, buah pinggang gagal berfungsi dan hatinya dah dijangkiti TB.

“Nurse kata tak ada ibu bapa atau ahli keluarga pun yang datang tengok dia. Saya boleh tengok dari tingkap je, memang nampak muka dia kuning.”

Pada pagi Syawal nanti saya harap adik MS terjaga. Saya dah pesan pada nurse untuk pakaikan baju raya dia.”

Namun, pada Syawal ke-3, MS kembali ke rahmatullah akibat komplikasi AIDS di usia 16 tahun.

Dalam blog ini, Najmi mengharapkan yang ibu bapa arwah MS dapat memafkan segala kesalahan yang arwah pernah lakukan terhadap mereka.

Sedihnya, kalau cepat dirawat, MS ada harapan untuk hidup normal macam orang lain dah…

 

Baca; “Siapa suruh mengunyit!” – Lelaki Malaysia ‘Pass’ Penyakit HIV Dekat 6 Gay Lepas Buat Seks, Semua Berjangkit!

Screenshot 2019 10 08 At 11.08.49 Am