Seorang lelaki dari Malaysia dijatuhi hukuman penjara 42 bulan selepas didapati bersalah atas dua tuduhan di bawah Akta Penyakit Berjangkit dan tiga kesalahan dadah. Lelaki berusia 35 tahun itu disahkan positif HIV dan keputusan itu dibuat oleh mahkamah Singapura minggu ini.
Menurut Channel News Asia, freelancer pereka fesyen dan pendandan rambut itu dilaporkan menetap di Singapura dan seorang individu tampil membuat laporan sekurang-kurangnya 6 lelaki disahkan positif dadah selepas buat seks luar tabii dengan lelaki Malaysia tersebut.
Taknak buat HIV test
Difahamkan, dia disyaki mungkin dijangkiti HIV pada tahun 2008 namun menolak untuk mengambil ujian kerana takut kehilangan status penduduk tetap sekiranya keputusan menunjukkan dia sah menghidap HIV.
Kemudian, pada tahun 2010 lelaki itu dihubungi oleh National Public Health Unit (NPHU) dan dimaklumkan bahawa salah seorang sex partner dia disahkan positif HIV. Disebabkan itu, dia dinasihatkan mengambil ujian kerana berisiko menghidap penyakit yang sama.
Tak pergi buat ujian pun!
Tapi, dia menipu! Rupa-rupanya dia tak ambil ujian tu sebaliknya hanya jalani ujian biasa dan keputusannya pula negatif.
Baru-baru ni, nama lelaki tu naik balik dalam rekod NPHU sebab tiga lagi individu disahkan positif HIV dan mereka menamakan dia sebagai sex partner masing-masing.
Banyak kali dipanggil, tetap elak!
Masalahnya, walaupun dah banyak kali terjadi tapi dia tetap elak daripada buat ujian. Semuanya sebab dia tahu dia salah sebab tak bagitahu sex partner yang dia ada penyakit HIV selain dia mempunyai risiko tinggi.
Seorang lagi dijangkiti, jumpa dekat Grindr
Julai 2013, seorang individu membuat laporan yang dia berjumpa dengan suspek melalui Grindr. Mereka berdua kemudian berhubungan seks tanpa dia ketahui suspek mempunyai risiko tinggi menghidap HIV.
Selepas dua kali buat seks, mangsa demam dan bila dia pergi klinik untuk dapatkan rawatan, doktor maklumkan dia disahkan HIV positif.
Mangsa mendakwa sejak kali terakhir buat seks dengan suspek, dia tidak membuat apa apa persetubuhan dengan mana-mana individu.
Kementerian beri arahan buat ujian
Tapi, suspek tipu lagi dan bagitau NPHU dia tak ada penyakit HIV. Lepas tu dia buat lagi hubungan seks dengan ramai individu lain dan menjangkiti salah seorang lelaki pada Februari 2014.
Bila NPHU hubungi, dia bagi alasan sibuk dan kemudian terus tak jawab panggilan dari mereka. Akhirnya, Kementerian Kesihatan memberi arahan agar suspek menjalani ujian HIV dan keputusan mengesahkan dia positif HIV.
Ada HIV, hisap dadah pula tu
Pada tahun 2015, suspek ditahan kerana mengambil dadah jenis methamphetamine tapi berjaya diikat jamin dan masa tu dia tetap teruskan hisap dadah.
Tahun ini, dia ditahan polis sekali lagi di mana pendakwa raya mahu dia dibicarakan atas kesalahan menjangkiti orang lain dengan penyakit HIV.
Tertuduh menafikan hak sexual partners dia untuk membuat keputusan sama ada mahu meneruskan aktiviti seks dengannya.”
Malah, tertuduh juga tidak ambil langkah mudah dengan memakai kondom.”
Dijatuhkan hukuman penjara
Akhirnya, peguam bela lelaki ini meminta kelonggaran dengan menyatakan penyakit HIV masih boleh diubati dan bahawa tertuduh perlu hidup dengan kesan daripada penyakit ini sepanjang hidupnya.
Khamis, 5 September 2019, tertuduh telah dijatuhkan hukuman 3 tahun 6 bulan penjara.