in

“Saya sendiri pernah ditarik kemenangan” – Azizulhasni Awang Nasihatkan Ziyad Untuk Terima Kenyataan

Fi Azizul Nasihat Ziyad

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Berita tentang penarikan pingat emas oleh atlet Paralimpik negara kita Ziyad Zolkefli, dalam acara lontar peluru F20 nyata membuatkan dia dan seluruh rakyat Malaysia kecewa.

Hal ini terjadi, apabila Ziyad sepatutnya dah berjaya mempertahankan pingat emas yang dimenangi di temasya Paralimpik Rio 2016 di mana dia memecahkan rekod dunia dengan lontaran sejauh 17.94 meter.


Namun harapan itu musnah, apabila penyertaannya dibatalkan setelah protes dilakukan oleh kem Ukraine yang mendakwa atlet berusia 31 tahun itu lewat laporkan diri ke call room.

Azizul Nasihat Ziyad 6

 

Dato Azizulhasni ucap tahniah.. Imbas tragedi sama berlaku padanya

Turut bersedih dengan peristiwa menimpa Ziyad, ialah jaguh basikal trek negara Dato, Azizulhasni Awang. Dalam posting yang dimuat naik melalui akaun Instagramnya, Azizul menyampaikan ucapan tahniah kerana prestasi ditunjukkan oleh atlet lontar peluru berasal dari Selangor itu, dengan memecahkan rekod dunia sebanyak dua kali adalah pencapaian yang luar biasa.

Namun Azizul turut memberitahu supaya Ziyad terus bersabar dengan dugaan besar yang berlaku padanya itu. Selain itu pelumba berusia 33 tahun berkenaan turut mengimbas kembali, kenangan pahit yang serupa menimpa dirinya pada kejohanan Sukan Komanwel 2010 di New Delhi India.

Azizul Nasihat Ziyad 1 Azizul Nasihat Ziyad 2 Azizul Nasihat Ziyad 5

 

“Inilah realiti dunia sukan”

Tambah Azizul lagi, ini adalah realiti pahit yang perlu diterima dalam dunia sukan. Di samping dia menjelaskan, bahawa kesilapan tetap akan berlaku oleh mana-mana pihak kerana semuanya adalah hanya manusia biasa.

Selain itu juga, Dato Azizul turut menasihati Ziyad supaya terima dengan keputusan ditetapkan. Menurutnya, ini adalah ketentuan oleh tuhan dan meminta supaya Ziyad tidak berputus asa dan terus melakukan yang terbaik pada masa akan datang.

Tidak berselindung dengan keinginannya untuk melihat pingat emas menjadi milik Malaysia, Azizul menyifatkan ada hikmah di sebalik yang berlaku sambil menyatakan Ziyad sebagai juara yang sebenar.

Azizul Nasihat Ziyad 4 Azizul Nasihat Ziyad 7

Memang pahit untuk ditelan, tapi jangan patah semangat sebab pasti akan ada sinar untuk Ziyad nanti. Semangat!

 

Baca : “Saya tak tahu, tak reda” –  Ziyad Masih Kelu Berkata-kata, Belum Terima Hakikat ‘Hilang’ Emas

Screenshot 2021 09 02 At 1.19.18 Pm

 

Sumber: The Star
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Alchetron
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.