in

IPC Tegaskan Ukraine Tak Salah Tapi Atlet Yang Lambat & Kecam Netizen Malaysia ‘Abusive’

Collage 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kontoversi yang melanda jaguh lontar peluru, Ziyad Zolkefli yang sepatutnya memenangi pingat emas sekaligus memecahkan rekod dunia di Paralimpik kelmarin telah menimbulkan kemarahan dan sekaligus membuatkan ramai mempersoalkan keputusan yang dirasakan “tak adil” itu.


Bukan itu sahaja, netizen Malaysia juga turut menyerang Instagram atlet paralimpik Ukraine serta Facebook rasmi kedutaan Ukraine di Malaysia sehingga akaun media sosial tersebut terpaksa ditutup sementara.

Maksymkovalgettyimages 1337535615

Selain itu, ramai netizen yang menganggap atlet dari Ukraine, Maksym Koval telah merampas serta mencuri pingat emas yang sepatutnya menjadi milik Ziyad.

Ekoran ini, jurucakap bagi Jawatankuasa Paralimpik Kebangsaan (IPC), Craig Spence semalam telah mempertahankan keputusan untuk membatalkan penyertaan Ziyad dari Paralimpik Tokyo 2020 dan menegaskan tindakan tersebut adalah berdasarkan undang-undang, lapor Malay Mail.

Orang cakap Ukraine curi emas tersebut. Sememangnya tidak. Ukraine tak ada kena mengena dengan hal ini. Atlet-atlet tersebut yang lambat.”

Craig berkata, rayuan Ziyad untuk mempertahankan emasnya telah ditolak kerana atlet ini tak ada “alasan yang kukuh” untuk tiba lambat ke bilik menunggu.

Katanya, ketiga-tiga atlet yang telah dibatalkan penyertaan itu mengatakan yang mereka tak dengar atau faham pengumuman untuk datang ke bilik menunggu namun alasan tersebut tak munasabah kerana pesaing lain boleh tiba tepat pada masa.

18Hmziyyad 1630419955

Craig juga turut mengecam tindakan netizen Malaysia ke atas atlet Ukraine sejak keputusan tersebut dibuat.

Ramai rakyat Malaysia yang emosi di media sosial. Sangat biadab dan tak masuk akal dalam pendapat saya.”

Tambah Craig lagi, kebanyakan komen yang membanjiri akaun media sosial tiada kaitan langsung dengan acara lontar peluru F20.

Pingat emas menjadi milik NPC Ukraine, dan mereka juga kini dikecam rakyat Malaysia. Maafkan saya, peraturan tetap peraturan.

“Keputusan sudah dibuat dan ia bukan salah Ukraine apabila atlet Malaysia lewat memasuki bilik menunggu.

“Saya amat kecewa kecaman sebegitu berlaku di media sosial.”

3353210.Jpg

Selain itu, Craig turut menjelaskan keputusan untuk membenarkan atlet-atlet yang lambat beraksi adalah kerana ketika pertandingan bermula, pihak pengadil tak mempunyai maklumat penuh tentang apa yang berlaku.

Kami tidak mempunyai maklumat penuh sebelum acara. Jadi kami tidak mahu menuduh anda lewat, dan tidak boleh beraksi tetapi kemudian mendapat tahu ada alasan kukuh.

“Sebab itu kami benarkan beraksi di bawah bantahan. Kamu maklumkan kepada pasukan, atlet dan penyiar yang mereka beraksi di bawah bantahan dan mungkin dibatalkan.

“Sebaik melihat bukti, pengadil dan juri membuat keputusan yang mereka lewat tanpa alasan kukuh, jadi ia keputusan mengecewakan buat mereka yang terbabit.”

Tak perlulah kita bergaduh pasal benda ni lagi, kita jadikan je pengajaran dan semoga kesilapan teknikal seperti ini tak berulang semula.

 

Baca: “Saya tak tahu, tak reda” – Ziyad Masih Kelu Berkata-kata, Belum Terima Hakikat ‘Hilang’ Emas

Screenshot 2021 09 02 At 1.19.18 Pm

Sumber: Harian Metro
Sumber: Tehran Times

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.