Hasrat pasukan Malaysia untuk meraih emas dalam acara lontar peluru pada Paralimpik Tokyo 2020 yang melabuhkan tirainya kira-kira 2 bulan yang lalu tidak tercapai.
Walaupun atlet paralimpik negera, Ziyad Zolkefli mengungguli acara tersebut, namun beliau sebenarnya telah tiba lewat di bilik menunggu sebelum acara itu bermula.
Memetik laporan Astro Awani, peluang untuk mendapatkan semula pingat emas Ziyad Zolkefli terkubur selepas beliau dibuktikan lewat tiba di bilik menunggu dalam acara Sukan Paralimpik 2020.
Perkara itu dinyatakan dalam laporan yang dibuat oleh Jawatankuasa Siasatan Dalaman yang kemudiannya diserahkan kepada Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.
Jawatankuasa berkenaan tidak dapat membuktikan bahawa Ziyad sememangnya tiba tepat pada waktunya di bilik menunggu bagi tujuan pendaftaran sebelum acara itu bermula.
Walaupun terpaksa menerima keputusan yang dibuat oleh Olahraga Para Dunia (WPA) bagi isu Ziyad, pihak Persatuan Olahraga Para Malaysia dan Majlis Sukan Negara akan tetap mengemukakan pandangan Malaysia ekoran kekeliruan peraturan teknikal Para khususnya mengenai peraturan ‘Did Not Start’ (DNS) yang dikenakan kepada atlet para olaharaga.
Untuk rekod, Ziyad dinafikan sebagai pemenang pingat emas acara lontar peluru lelaki F20 dengan catatan lontaran sejauh 17.94 meter yang juga adalah rekod baharu dunia pada temasya sukan itu.
Ziyad diklasifikasikan sebagai ‘Did Not Start’ (DNS) atau tidak memulakan saingan susulan protes dilakukan terhadapnya oleh pasukan Ukraine yang mendakwa atlet negara kita itu lewat melaporkan diri di bilik menunggu sebelum pertandingan dimulakan.
Pihak Kementerian Belia dan Sukan memandang serius perkara ini dan mahu semua pihak bersikap lebih bertanggungjawab di masa hadapan.
Baca: Paralimpik Tokyo 2020; Ziyad Minta Rakyat Malaysia Henti Kecam Atlet Ukraine