Paralimpik Tokyo 2020: Ziyad Minta Rakyat Malaysia Henti Kecam Atlet Ukraine

Tambah ke Sumber Pilihan
Paralimpik Tokyo 2020: Ziyad Minta Rakyat Malaysia Henti Kecam Atlet Ukraine

Jaguh Lontar Peluru negara Muhammad Ziyad Zolkefli telah selamat tiba di tanah air dari Sukan Paralimpik Tokyo 2020. Umum sedia maklum kemenangan Ziyad dalam acara itu tidak diiktiraf selepas beliau telah terlewat untuk hadir di call room sebelum acaranya bermula.

Ziyad yang mencatat rekod dunia dengan lontaran sejauh 17.94 meter terpaksa akur selepas pasukan Ukraine membantah kemenangannya sekaligus merampas pingat emas milik Ziyad.


Tampil berhadapan media, Ziyad akur dengan keputusan oleh pihak penganjur dan minta rakyat Malaysia hentikan kecaman kepada atlet Ukraine yang memenangi pingat emas dalam acara lontar peluru itu. Video temubual Ziyad bersama pihak media yang dimuatnaik @BuletinTV3 boleh dilihat dibawah.

Untuk rekod, Ziyad bertanding dalam acara lontar peluru dalam kategori F20 di Paralimpik Tokyo 2020. Beliau telah mencatatkan rekod dunia dalam penentuan pingat emas dan berada di kedudukan pertama.

Namun, atas sebab-sebab teknikal, kemenangan Ziyad ditarik selepas wujudnya protes dari pasukan yang turut bertanding. Protes tersebut walaubagaimanapun tidak terhad kepada Ziyad seorang diri, ianya melibatkan juga atlet dari Australia dan Ecuador yang turut lewat untuk berada di call room sebelum acara bermula.

Screenshot 2021 09 04 At 1.04.29 Pm

Ziyad akur dengan keputusan pihak penganjur dan redha pulang tanpa pingat untuk edisi Paralimpik kali ini. Pada edisi Paralimpik Rio 2016, Ziyad telah mengharumkan nama negara dengan membawa pulang pingat emas untuk Malaysia dalam acara yang sama.

Baca: Kronologi Kejadian Pingat Emas Ziyad ‘Dirampas’, Rupanya Ukraine Sudah Buat-Bantahan Sebelum Bertanding Tapi…

Screenshot 2021 09 04 At 1.13.13 Pm

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Fahmy Rosli
Lagi tulisan Fahmy
Seorang Chef, pendengar muzik indie tanah air dan peminat tegar Kugiran Hujan. Optimis dan berwawasan. Motto hidup; “Mana ada perjuangan yang patah”.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Paralimpik Tokyo 2020: Ziyad Minta Rakyat Malaysia Henti Kecam Atlet Ukraine
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/paralimpik-tokyo-2020-ziyad-minta-rakyat-malaysia-henti-kecam-atlet-ukraine/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM