in

“Ada cakap saya lewat sebab sebok telefon keluarga” – Ziyad Zolkefli Buka Mulut Isu Lambat Masuk Call Room

Fi Ziyad Buka Mulut

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Walaupun temasya Sukan Paralimpik Tokyo 2020 telah melabuhkan tirainya pada 5 September lalu, namun isu penarikan semula pingat emas yang dimenangi atlet lontar peluru negara Ziyad Zolkefli masih menjadi topik bualan.


Isu ini jadi lebih kecoh apabila, protes dilakukan oleh kem Ukraine selepas Ziyad yang bertanding dalam acara lontar peluru F20 telah berjaya memenangi pingat emas dan memecahkan rekod dunia sebanyak dua kali.

Oleh demikian di laman Instagramnya, Ziyad ada menjelaskan isu sebenar apabila dikatakan dia lewat 2 minit untuk memasuki call room sebelum pertandingan.

Ziyad Buka Mulut 1

 

Lewat sebab borak dengan keluarga?

Menurut Ziyad, dia nyata berasa keliru dengan sesetengah individu yang mendakwa jurulatihnya tak mengaku mereka terlambat walhal Ziyad mengakuinya. Hingga ada yang mengatakan bahawa punca dia lewat adalah sebab asyik berborak dengan keluarga di tanah air.

“Saya pun keliru bila ada orang bertanya kenapa jurulatih saya tidak mengaku sahaja saya lewat sedangkan saya sendiri telah mengaku kepada isteri saya yang saya lewat 2 minit seperti disiarkan oleh Astro Arena,

“Ada yang cakap saya lewat sebab sedang sebok telefon keluarga saya.. pening saya.” katanya.

 

Tidak lewat, cuma salah faham

Namun atlet berusia 31 tahun itu menegaskan, bahawa sebenarnya dia tidaklah lewat seperti diperkatakan orang ramai.

Ziyad menceritakan, bahawa dia terus berjumpa jurulatihnya selepas mendapat tahu penyertaannya dibatalkan. Selepas mengetahui hal tersebut, barulah dia menghubungi isterinya dan memberitahu apa yang terjadi sebenarnya. Malah Ziyad menafikan, bahawa dia mengakui mengenai kelewatannya itu.

Ziyad Buka Mulut 4

“Sebenarnya Saya Tidak lewat. rupanya ianya salah faham aje. Selepas penyertaan saya dibatalkan, Saya berjumpa dengan jurulatih saya,

“Coach Saya memberitahu pengadil mengatakan Saya lewat 2 minit. Saya mengubungi isteri Dan berbual dengan isteri, saya bagitau isteri yang pengadil kata saya lewat 2 minit,

“Mungkin ini yang salah fahamnya..seolah-olah saya mengaku saya lewat 2 minit kerana sedang bercakap telefon dengan keluarga saya.”

 

“Saya yakin sampai tepat pada waktunya”

Di akhir perkongsian, Ziyad sekali lagi menegaskan bahawa dia yakin bahawa ketibaannya bersama jurulatih ke call room tersebut adalah tepat pada waktu sepatutnya.

“Saya nak bagitau semua dan saya yakin yang saya dan jurulatih saya sampai tepat pada waktunya iaitu 5.55 petang.. itu saja,” tegasnya.

Walau apapun terjadi, Ziyad tetap jadi hero kebanggaan kita. Mana tahu, mungkin kejohanan dunia Paralimpik edisi lepas ini Ziyad yang akan jadi juara? Kita doakan sama-sama ya.

Baca : “Saya sendiri pernah ditarik kemenangan” – Azizulhasni Awang Nasihatkan Ziyad Untuk Terima Kenyataan

Foot Ziyad Buka Mulut

Sumber: Instagram
Sumber: Astro AWANI

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.