in

“Saya selalu dengar bunyi orang lari turun naik tangga.” – Pasangan Nampak ‘Bayangan Hantu’ Cakar Muka Bayi Mereka Dari CCTV

Feat 21

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang mesti pernah tengok cerita Paranormal Activity kan? Dalam cerita tu, dorang akan tunjuk apa aktiviti-aktiviti paranormal yang berlaku dalam rumah mereka melalui kamera yang dipasang. Tapi yang admin nak cerita ni bukan pasal filem ni tau tapi benda ni betul-betul berlaku pada keluarga dari Amerika Syarikat ini. Jom baca!


Muka anak ada kesam lebam akibat cakaran

Menurut Mirror, satu pasangan muda mengatakan mereka telah diganggu oleh roh ganas selepas mereka ternampak bayangan hantu jalan melintasi katil bayi perempuannya.

Ceritanya macam ni, pada satu hari, Heather Brough telah mengejutkan bayinya Lily Higgins bangun dari tidurnya. Kemudian, Heather membawa Lily turun ke bawah untuk membantu tunangnya, Josh meletakkan barang dapur yang mereka beli.

“Josh tukarkan baju Lily cepat-cepat, bagi dia makan dan lari keluar untuk tolong bawa barang dapur masuk.

“Kemudian saya bawa Lily ke dapur untuk letakkan barang. Ketika itulah saya nampak kesan lebam pada muka Lily.

“Bila saya nampak kesan lebam tu, saya terus ambil jaket Lily dan lari ke rumah mak mertua saya. Tak ada siapa yang tahu apa yang berlaku.

“Saya ingatkan Lily tercakar mukanya sendiri, tapi bila kami letak tangannya ke muka, cakaran tu tak nampak seperti tangan budak.”

Heather dan Josh tinggal di rumah tetamu ibu Josh, Kris. Manakala Kris tinggal di rumah utama.

Tak puas hati dengan apa yang berlaku pada muka anak mereka, pasangan ini kemudian memeriksa footage video dari kamera yang mereka pasang dalam bilik Lily. Apa yang mereka lihat ini memang sangat menakutkan…

https://www.youtube.com/watch?v=NciAwRJm-yo

“Saya tak tahu apa niat mereka”

Ekoran dari kejadian ini, Heather dan Josh kini sedang mencari rumah baru. Heather meluahkan rasa tak selamat untuk berada di rumah tersebut.

Collage 22

“Saya tak tahu apa niat roh ini, tapi sekarang ia dah ke tahap mencederakan secara fizikal. Kami nak keluar dari tempat ini secepat mungkin.

“Bila saya tengok muka Lily, saya jadi takut.”

“Saya rasa ini angkara tuan rumah sebelum ini.”

Manakala bagi ibu mertua Heather, Kris, yang tinggal bersama suaminya Jim, mengatakan mereka telah melakukan siasatan paranormal dan rumah mereka ini memang sah ada aktiviti paranormal.

Kris mengatakan, dia tak tahu apa yang menyebabkan kejadian ini berlaku di rumah tetamunya.

“Menantu saya bawa Lily ke rumah saya sambil menangis dan saya tengok muka Lily ada kesan cakaran.

“Pada mulanya saya tak rasa benda ni pelik. Lagipun, bayi memang biasa cakar diri sendiri. Tapi, esoknya bila saya tengok muka Lily, kesan cakaran tu jadi lebih dalam dan semakin lebam.

“Sejak kejadian itu, mereka tak tinggalkan anak mereka sorang diri dalam mana-mana bilik dan pastikan mereka sentiasa bersama setiap masa.

“Lily sekarang sering tunjuk-tunjuk jarinya ke arah bucu bilik dan membebel sorang-sorang. Dia tak pernah buat macamni sebelum ini.

“Semasa saya dan Jim beli rumah ini 11 tahun lepas, kami diberitahu yang pemilik sebelum ini adalah seorang wanita yang patah pinggang selepas dia jatuh dari tangga dan telah terlantar lama sebelum dia meninggal dunia.

“Rumah tetamu pula dibina untuk abang wanita tersebut yang merupakan seorang skizofernia. Dia juga telah meninggal dunia tapi kami tak tahu bagaimana atau di mana.”

Bukan pengalaman pertama Heather

Video bayangan hantu di bilik anaknya ini bukanlah pengalaman pertama Heather. Menurutnya, dia telah mengalami pelbagai gangguan selama berbulan-bulan.

Jer

“Ada beberapa kali saya dan tunang saya terjaga dari tidur dan saya dengar suara lelaki marah dan menjerit seperti orang tersepak kaki pada meja.

“Bila saya tengah mandi pula, saya akan dengar bunyi orang berlari turun naik tangga.

“Mulanya saya ingat itu bunyi tunang saya dan adiknya berlari naik turun tangga tapi bila saya buka pintu, tak ada orang pun di sana.

“Ada satu masa, saya bangun dari tidur sebab ada suara lelaki menjerit hingga menakutkan saya. Tapi, bila saya kejut Josh, dia cakap dia tak dengar apa-apa.”

Memang seram kalau benda ni jadi dekat kita, lagi-lagi sampai anak jadi lebam-lebam. Harap-harap pasangan ni cepatlah jumpa rumah baru.

 

Baca: “Meremang dibuatnya!” – El Ayuwoki, Hantu Michael Jackson Masuk Bilik Tidur Pukul 3 Pagi?

Screenshot 2019 03 26 At 4.44.37 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.