in

“Meremang dibuatnya!” – El Ayuwoki, Hantu Michael Jackson Masuk Bilik Tidur Pukul 3 Pagi?

Untitled Collage

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Momo dah ‘mati’, tapi muncul pulak momok seram lain!


Kali ni, tular satu rakaman video menunjukkan sebuah patung ‘seram’ menyerupai mendiang bintang pop terkenal Michael Jackson — memberi amaran akan masuk ke bilik tidur anda pada pukul 3 pagi sambil menjerit ‘hee hee‘.

Alamak!

 

Annie, awak okay?

Mj 3

Patung mengerikan yang dikenali dengan nama ‘El Ayuwoki’ ni, diambil sempena judul lagu hit ‘Smooth Criminal’ — yang turut melatari video tersebut ketika dimainkan.

Ayuwoki sebenarnya adalah ejaan fonetik kepada ‘Are you okay’ dalam bahasa Spanish.

Difahamkan, meme ni dah wujud sejak 2009 lagi dalam satu rakaman video yang menunjukkan ia melakukan gerakan tarian ikonik King of Pop tu.

Namun, penularan video baru yang dikongsi secara meluas dalam talian itu memaksa pihak berkuasa Mexico mengambil tindakan untuk menenangkan orang ramai.

Polis berkata, takda apa yang supernatural pun dalam video tu walaupun orang ramai percaya El Ayuwoki adalah sejenis hantu dari alam Internet.

Namun mereka bimbang, penyebaran video dan gambar menyeramkan tu boleh mengakibatkan gangguan tidur terhadap mereka yang lemah semangat.

Sebenarnya, meremang jugak kalau tengok lama-lama. Nak pulak terscroll muka dia kat Facebook tengah malam Jumaat kliwon, memang tidur bawah ketiak mak la jawabnya.

 

El Ayuwoki Adalah Jelmaan Momo?

Tak lama lepas video tersebut tular, sebuah agensi berita Argetina melaporkan — pencipta patung tu mendakwa dia sebenarnya nak buat patung Elvis Presley.

Tapi atas sebab-sebab yang tidak diketahui, maka terhasillah pulak sebuah ‘karya agung’ menyerupai Michael Jackson.

Dan bila dah jadi sensasi Internet tu, memang laju je la warga netizen ni memberi respon masing-masing sampai ada yang rajin mencari persamaan antara Momo si hantu Jepun ni dengan El Ayuwoki.

Mj 5

Mj 7

 

Apa pun, hidup Michael Jackson ni memang tak pernah sunyi daripada sebarang kontroversi.

Nak pulak, video ala Momo ni muncul di kala penayangan dokumentari Leaving Neverland yang disifatkan sebagai sangat menghina, keterlaluan dan hanya mahu mengaut keuntungan di atas kemahsyuran Michael Jackson.

Mendiang juga seringkali dijadikan bahan ejekan kerana melakukan pembedahan plastik sehingga mengubah sepenuhnya wajah asal dia.

Hensem je sebenarnya Raja Pop ni walau dia dilahirkan berkulit hitam sekali pun — biarlah dia berehat dengan tenang di sana.

 

Baca: Biar Betul! Momo Pandai Kecek Kelate?

Momo

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.