in

“Saya lawa tak?” – Wanita Mengamuk Pukul Kekasih Sebab Diam, Tak Puji Dia Cantik

Kan Dah Kena Pukul

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lepas ni kalau girlfriend atau isteri tanya sama ada dia cantik ke tidak, jangan diam je tau! Sebab seorang lelaki dah ‘mendapat’ dengan kekasih dia gara-gara tak jawab soalan tu.


Menurut Daily Mail, seorang wanita dari Texas ditahan polis lepas dia berlaku ganas terhadap teman lelakinya. Lizeth Guadalupe Ramirez, 20, kena tahan pada malam Selasa lepas laporan polis dibuat.

Lizeth sendiri pergi beritahu polis yang dia diserang dan cuba dicekik oleh teman lelakinya. Tapi, bila polis ambil keterangan lelaki tu, lain pula ceritanya.

Kata mangsa, mereka berdua sedang dalam perjalanan pulang daripada menonton wayang bersama. Menurutnya, sewaktu menonton tu, Lizeth ada bertanya kepada dia sama ada dia cantik atau tidak.

Mangsa yang tak dengar soalan tu hanya diam sahaja membuatkan Lizeth naik angin dan bertindak memukulnya beberapa kali sewaktu dalam kereta.

Tak berhenti di situ, Lizeth serang teman lelakinya tu apabila sampai di rumah namun cuba dihalang oleh saudara. Bagaimanapun, Lizeth yang sangat marah pada ketika tu terus menolak dan memukul mangsa serta saudara tersebut.

Akibat insiden itu, Lizeth telah didakwa dengan dua tuduhan iaitu serangan dan keganasan keluarga. Tapi, dia telah pun dibebaskan dari penjara Khamis lalu lepas membayar ikat jamin sebanyak AS$16,000 (RM65,830).

Awas kepada kaum Adam, jangan diam kalau ditanya soalan macam ni tau. Hahaha!

Baca: KEJAM! Tidak Cukup Dengan Dihentak Dan Ditikam, Wanita 136kg Hempap Kekasih Sampai Mati.

Cinta Hempap

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.