in

KEJAM! Tidak Cukup Dengan Dihentak Dan Ditikam, Wanita 136kg Hempap Kekasih Sampai Mati.

Cinta Hempap

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ini bukan cerita dongeng ye guys, ini memang berlaku di alam nyata bukan cobaan.


Tragedi pembunuhan yang pelik dan kejam ni berlaku di Pennyslvania, Amerika Syarikat melibatkan seorang wanita yang mempunyai berat badan 136 kilogram.

Dihempap, Ditikam Dan Dihentak!

 

Menurut mStar, wanita yang dikenali sebagai Windi Thomas, 44 tahun mengaku bersalah membunuh teman lelakinya dengan cara MENGHEMPAP lelaki itu sehingga lemas.

Dikatakan Windi bukan hanya menghempap Keeno Butler, 44 tahun sehingga mati, malah turut menikam tangan lelaki itu serta menghentaknya dengan kaki meja..Ni lah orang kata, dah jatuh ditimpa tangga.

Kalau korang nak tau, kejadian ini berlaku pada Mac dalam satu malam, selepas mereka mabuk.

Paling scary guys, si Windi Thomas ni boleh pulak call 911 lepas dia bunuh Butler dan lepas tu menjerit ” SAYA BUNUH TEMAN LELAKI SAYA”..Psiko weh si Windi Thomas ni.

Polis yang tiba di lokasi kejadian waktu tu menemukan kaki meja yang berlumuran dengan darah.

Hasil bedah siasat memutuskan Butler meninggal dunia akibat ‘ketidakcukupan pernafasan sekunder sehingga menimbulkan trauma kekerasan ke leher dan pemampatan toraks, yang menjadikan ia parah dengan trauma kekerasan tumpul ke kepala’.

Peguam Kata Pembunuhan Tidak Disengajakan

 

Bagaimanapun peguam si Windi Thomas menegaskan bahawa pembunuhan itu tidak disengajakan dan berkata wanita tersebut hanya membunuh Butler yang beratnya 120 pound – selepas rebah di atas badannya semasa mabuk..Mana satu yang betul ni?

Tetapi tak semudah itu, sebab pihak pendakwaan menyatakan bahawa Butler bukan hanya dihempap malah turut dipukul dan ditikam.

Nasib baik kisah ni berlaku kat luar negara, kalau kat Malaysia mesti dah kecoh.

Admin boleh citer sampai sini je, setakat mana yang admin tau, korang sebagai netizen yang bijak pandai-pandailah menilai okay.

Baca : Pelajar Mahu Kuruskan Badan Terbunuh Selepas Terhempap Beban 110KG Besi Angkat Berat

Page

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.