in

“Saya ke salah pergi main golf??” – Raja Permaisuri Agong Jawab Kritikan Netizen Lepas Dituduh Bersuka Ria Ketika Negara Dalam Bencana

Negara Agong Bencana

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Di kala negara dilanda banjir buruk, seperti yang ramai tahu, ia sudah menjadi rutin buat Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah untuk memasak buat rakyat Pahang yang terjejas dalam bencana tersebut.


Walau bagaimanapun, hati tuanku baru-baru ini agak terguris selepas ada netizen yang menuduh baginda sedang berseronok selepas kembali ke Kuala Lumpur untuk bermain golf di The Mines dan membuat kejutan menziarahi isteri bekas Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah di Seri Kembangan. 

 

“Saya terpaksa balik Kuala Lumpur kerana majlis perkahwinan anak sahabat karib saya…” 

Menjelaskan hal tersebut di Instagram peribadinya, baginda berkata yang tujuannya kembali ke Kuala Lumpur ialah untuk menghadiri majlis perkahwinan anak rakan karibnya.

Menurut baginda lagi, sebaik saja selesai tugasnya di Kuala Lumpur, baginda pasti akan pulang ke Pahang semula untuk membantu mangsa banjir, lapor Kosmo.

Bencana

“Hati saya di Pahang bersama mangsa banjir dan saya akan kembali semula selepas Tuanku habis kerja di Kuala Lumpur.

“Salah ke saya pergi main golf? Saya buat program di Kuala Lumpur yang saya perlu hadiri sebagai Raja Permaisuri Agong dan kami akan kembali semula ke Pahang sebaik sahaja kerja di Kuala Lumpur selesai,” titah baginda.

Walau bagaimanapun, posting tersebut telah dipadam selepas dimuat naik beberapa jam yang lalu.

Harap netizen kat luar sana janganlah cakap yang bukan-bukan pada permaisuri kita. Apa yang dilakukannya adalah tugas dan takkanlah baginda nak berseronok pula masa rakyat tengah susah ni kan. 

Baca: “Tuanku rasa seperti rakyat jelata alami” – [VIDEO] YDP Agong ‘Drive’ Sendiri Redah Banjir Untuk Sampaikan Sumbangan Kepada Mangsa

Agongaaa

Sumber: Kosmo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.