in

“Tuanku rasa seperti rakyat jelata alami” – [VIDEO] YDP Agong ‘Drive’ Sendiri Redah Banjir Untuk Sampaikan Sumbangan Kepada Mangsa

Ft Tuanku

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Melalui sebuah rakaman video dimuat naik oleh Facebook rasmi Istana Negara, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dilihat memandu meredah banjir bersama Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong dan turut berangkat, YAM Tengku Panglima Muda Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah.


Difahamkan, baginda berkenan untuk membuat lawatan mengejut ke daerah Maran, Pahang dan berkenan untuk memandu sendiri dan meredah banjir di Lebuh Raya Pantai Timur (LPT).

Lawatan tersebut bertujuan bagi mengurniakan sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir di pusat pemindahan sementara sekitar daerah berkenaan. Menurut Berita Harian, ketika di dalam perjalanan, baginda juga sempat singgah dan menyampaikan bantuan kepada pemandu lori yang terkandas di Plaza Tol Karak, LPT.

5 Januari 2021 – KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkenan memandu sendiri meredah banjir di Lebuh Raya…

Posted by Istana Negara on Monday, January 4, 2021

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin, berkata baginda turut menasihatkan rakyat terutamanya yang berada di kawasan rendah untuk sentiasa berwaspada dan utamakan keselamatan diri serta keluarga.

Baginda turut mengingatkan semua pihak berkuasa berkaitan supaya bersama-sama memikul tanggungjawab meringankan kesusahan dan beban mangsa banjir.”

Difahamkan, baginda telah melawat dan menyantuni mangsa banjir yang ditempatkan di empat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) iaitu dia — SMK Maran, Surau Kampung Jara, SK Kuala Sentul dan Masjid As Syakirin.

Agong1

5 Januari 2021 – KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkenan memandu sendiri meredah banjir di Lebuh Raya…

Posted by Istana Negara on Monday, January 4, 2021

YDP Agong juga mengajak seluruh rakyat mendoakan agar bencana banjir ini tidak berpanjangan sehingga mengorbankan nyawa dan harta benda.

Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada NADMA, Kerajaan Negeri dan pentadbiran daerah serta agensi penyelamat dan jabatan kerajaan seperti polis, bomba, tentera, Angkatan Pertahanan Awam (APM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang bertungkus-lumus membantu rakyat setiap kali banjir.”

Baca: Berjiwa Rakyat! YDPA Singgah Bersantap Di Warung Tepi Jalan, Akak Kedai Selamba Panggil Tengku Hassanal ‘Abang Hensem’

Ft Agong

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.