in

“Saya hanya nak mempersenda Yonnyboii sahaja” – Zynakal Mohon Maaf, Tampil Perjelas Isu Pakaian Orang Sarawak

Zynakal3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Penyanyi Hip Hop, Muhammad Raziq Rosli atau lebih dikenali sebagai Zynakal tampil memohon maaf atas ketelanjurannya memberikan komen yang menjadi perhatian netizen dan mengundang kemarahan mereka baru-baru ini.



Penyanyi lagu Sakit itu dikecam kerana netizen mendakwa bahawa dia mempersendakan adat dan pemakaian budaya Sarawak.

 

Saya ingin mohon maaf kepada rakyat Malaysia terutamanya orang-orang Sarawak.”

Menerusi Instagram miliknya semalam, Zynakal menjelaskan bahawa komen yang diberikan itu bukanlah ditujukan untuk warga Sarawak tetapi ia hanya ditujukan kepada Yonnyboii.

Yonnyboii sebelum ini ada memuat naik gambar dirinya berpakaian tradisional Sarawak, sebelum ruangan komen posting tersebut ditutup baru-baru ini, Zynakal ada memberikan satu komen ringkas yang sekaligus menjadi punca dia dikecam.

Yonny

Gambar screenshot komen yang mendatangkan rasa kurang senang netizen itu tersebar di platform media sosial yang lain kerana ia dianggap satu sensitiviti buat masyarakat dari bumi kenyalang.

Susulan itu, Zynakal dalam video permohonan maaf secara terbukanya itu menjelaskan bahawa dirinya tidak ada niat sama sekali mahu mempersendakan pakaian dan adat mereka kerana komen itu hanya sekadar gurauan.

“Saya disini ingin menjelaskan tentang komen tersebut sebenarnya saya tidak ada niat untuk mempersendakan budaya atau adat orang Sarawak, saya berniat hanya untuk mempersendakan Yonnyboii sahaja.”

Kata Zynakal lagi, dia berharap agar rakyat Malaysia dapat memaafkan dirinya terutamanya orang Sarawak dan berharap agar perkara tersebut tidak akan berulang lagi.

Sebelum ini, isu yang lebih kurang sama berlaku kepada selebriti media sosial Duriankimchi kerana gurauan yang mendatangkan kemarahan warganet kerana dianggap tidak sensitif terhadap pakaian tradisional masyarakat Iban.

Bagaimanapun, mereka juga telah membuat permohonan maaf secara terbuka ekoran dengan kecaman yang dilakukan.

 

Baca : “UGA UGA” – Yonnyboi Upload Gambar Pakai Baju Etnik Sarawak, Zynakal Buat Hal Bagi Komen Sensitif?

Yonnyboi2

 

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.