Baru-baru ni kecoh di media sosial apabila Ryzal dan Maryam atau lebih dikenali sebagai DurianKImchi terpalit dengam beberapa kontroversi. Terbaru si suami iaitu Ryzal dilihat memberi komen buruk terhadap pakaian tradisi kaum Iban yang dipakai oleh isterinya Maryam.
Ternyata kata-kata Ryzal itu telah mengguris hati ramai warga kaum Iban, namun dia telah membuat permohonan maaf di akaun Instagramnya dan berkata bahawa niatnya hanya nak bergurau dengan si isteri.
Zynakal kutuk kaum Iban?
Tak reda lagi dengan kontroversi panas ni, semalam jadi pula satu lagi hal apabila penyanyi Zynakal dilihat seakan memberi komen yang memburukkan kaum Iban.
Hal ini terjadi apabila rakan selebriti Yonnyboi ada memuat naik gambar dirinya memakai pakaian tradisional etnik Sarawak. Posting tersebut kemudian di komen oleh Zynakal dengan ayat yang seperti menghina kaum tersebut.
https://www.instagram.com/p/CPYFaq7BHHA/
Perkara ini menjadi viral apabila komen tersebut berjaya di screenshot dan dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter di akaunnya dengan menyatakan tindakan Zynakal ini sebagai biadap
Komen itu sempat dibalas oleh beberapa orang netizen dan meminta penyanyi tersebut supaya memadam semula komen tersebut kerana dianggap terlampau sensitif untuk sebahagian pihak.
“Mamat tu jgn jpgi buat depression la apa la”
Menjengah ke ruangan komen, ternyata tindakan penyanyi itu membuatkan ramai marah kerana dianggap tidak professional. Serta ramai mengecam dan mendakwa dia tidak layak untuk digelar sebagai ‘artis’.
Hmm min harap semua bersabar, kita tunggu kalau ada apa-apa kenyataan dari Zynakal okay.
Baca : “Zynakal kelihatan sihat, cuma apabila ditanya..” – Rakan Baik Dedah Siapa Sebenarnya Zynakal