Minggu lalu, tular di media sosial video yang memaparkan usahawan kosmetik, Nur Sajat yang kelihatan sedang menangis teresak-esak dan digari.
Walau bagaimanapun, Sajat mahupun mana-mana pihak yang terlibat tidak memberi sebarang penjelasan sehingga menimbulkan spekulasi di kalangan netizen selepas akaun usahawan tersebut pula tiba-tiba ‘hilang’ daripada media sosial.
“Saya mengeluarkan video ini, menceritakan kejadian saya pada 6/1/2021”
Setelah pelbagai spekulasi timbul, Sajat akhirnya mengaktifkan semula akaun Instagramnya dan memuat naik satu video panjang berdurasi 38 minit yang menceritakan apa yang berlaku terhadap dirinya pada 6 Januari lalu.
Menurut Sajat, semuanya bermula daripada kes terdahulu yang melibatkannya dengan JAIS pada 23 Februari 2018 di mana Sajat telah mengadakan satu majlis bacaan doa selamat dan yassin bersama-sama anak tahfiz di wismanya dekat Seksyen 16, Shah Alam.
https://www.instagram.com/p/Bfi8JB_HuU2/?utm_source=ig_embed
Pun begitu, majlis yang diadakannya itu kalau korang masih ingat telah mendapat kecaman netizen dan ada pihak juga telah melaporkan hal tersebut kepada pihak JAIS kerana kurang bersetuju dengan apa yang dilakukan Sajat.
Dia kemudian diminta hadir pada 6 Januari 2021 untuk memberi keterangan berhubung perkara tersebut di pejabat JAIS yang kemudian membawa kepada satu ‘tragedi’.
“Hak saya sebagai manusia yang telah memberi kerjasama telah direman”
Menerusi video tersebut, Sajat memberitahu yang dia telah dikasari, digari tangannya dan ditahan reman di Pusat Tahanan Sementara di Kuala Kubu Bharu semasa memberi keterangan di JAIS.
Saya digari, dikasari dengan kata2 dan tindakan, dicederakan sebegitu rupa. Tangan2 dan badan2 saya bengkak, kerana pergelutan ketika saya mempertahankan diri tidak (mahu) digari..”
Berikut apa yang diceritakan Sajat menerusi video di bawah:
https://www.instagram.com/tv/CJ4_PtohvgT/?igshid=1orj5u2qqfb96
Sajat yang kini sudah dibebaskan juga memberitahu yang dia sangat kesal dengan apa yang berlaku dan hanya mahu dirinya diberikan hak kebebasan seperti manusia lain juga.
“Saya berhak diberi hak asasi kemanusiaan untuk hidup seperti manusia yang lain juga.
“Saya amat sedih dan kecewa dengan kejadian ini kerana kesan daripada kejadian ini mengganggu perniagaan saya dan mental saya,” katanya.
“Minta ampun pada Allah dulu Jat, balik pangkal jalan”
Video tersebut mendapat pelbagai jenis komen daripada netizen yang mana ada yang bersimpati dengan apa yang berlaku ke atas dirinya dan ada juga merasakan tindakan Sajat agak keterlaluan semasa disoal siasat JAIS.
Apa-apapun min harap pihak JAIS dapatlah memberi penjelasan atas apa yang didedahkan Sajat ni. Barulah kita dengar kisah daripada dua belah pihak. Semoga cepat cepat sembuh Sajat.