in

“Saya dah tutup pintu depan tapi” – Netizen Berteka Teki Isu Posting FB Ismail Sabri, Ada Kaitan Dengan ‘Lockdown’?

Pintu Tutup

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Posting Facebook Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada malam semalam mencetuskan tanda tanya netizen apabila beliau memuat naik gambar sedang menutup pintu bersama kapsyen,


Saya dah tutup pintu depan tapi….” 

Gambar bersama kapsyen yang tergantung itu telah mengundang teka teki netizen yang sedaya upaya cuba menafsir apa sebenarnya yang cuba disampaikan menteri tersebut.

Meskipun Ismail tidak menyebut tentang mana-mana pihak atau menujukan postingnya kepada situasi spesifik tentang apa yang berlaku tetapi ramai di kalangan netizen nampaknya berspekulasi ia kemungkinan besar ada kaitan dengan isu ‘lockdown’.

 

“**** buat hal lah dato… Hope Dato boleh kembalikan macam PKP 1.0” 

1169844

 

“Takpe la DS… DS dah buat yang terbaik” 

1169839

Selain berspekulasi, ramai juga di antara netizen yang turun memberikan kata-kata semangat buat Menteri Pertahanan dan berterima kasih atas usaha beliau dalam melawan COVID 19 ini.

Terdahulu, pada 28 Mei lepas, kerajaan telah memutuskan untuk kuatkuasakan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi atau ‘total lockdown’ Fasa Pertama di seluruh negara.

Perlaksanaan ini akan berkuatkuasa dari 1 Jun hingga 14 Jun 2021 ini. Dalam tempoh itu juga semua sektor tidak dibenarkan beroperasi kecuali sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu (essential services) yang disenaraikan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Namun pada 31 Mei lepas, kerajaan juga telah memutuskan mana-mana perniagaan yang ingin beroperasi dalam tempoh ini boleh mendapat pengecualian daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Harapnya lockdown kali ini akan membawa kepada penurunan kes COVID 19 yang kian meningkat saban hari. 

Baca: Semua Kilang Arak Diarahkan Tutup Sepanjang ‘Total Lockdown’ – MKN

Collage 3

Sumber: mStar
Sumber: mStar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.