in

“Sangat merisaukan” – 220 Kanak-kanak Maut Akibat Didera Dari Tahun 2018 Hingga 2022

Statistik Kes Kanak Kanak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kebelakangan ini kita dapat lihat banyak jenayah yang melibatkan mangsa kanak-kanak atau bawah umur.


Terbaru, menurut Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution, terdapat 220 kes kanak-kanak mati akibat penderaan antara tahun 2018 hingga 2022.

Kenyataan tersebut dikeluarkan selepas adanya pertanyaan daripada Ahli Parlimen Temerloh Salamiah Mohd Nor yang meminta statistik kematian kanak-kanak akibat kes penderaan.

Beliau turut memberikan butiran lanjut data mengikut jantina, iaitu 133 kes kematian bagi lelaki dan 89 kes bagi perempuan.

Frqmietacae1Cfy

“Siasatan kes penderaan kanak-kanak yang mengakibatkan kematian dijalankan mengikut peruntukan undang-undang Akta Kanak-Kanak 2001 dan Kanun Keseksaan.

Statistik kematian kanak-kanak akibat kes penderaan antara 2018 hingga 2022 adalah sebanyak 220 kes,” tulisnya.

Selain itu, turut diberitahu dalam kenyataan tersebut ialah sebanyak 154 daripada kes itu telah diselesaikan.

“Sangat merisaukan”

Kenyataan bertulis itu mendapat reaksi yang pelbagai daripada netizen, rata-rata ramai yang risaukan angka tersebut, malah ada juga yang meminta perkara ini dapat dibendung oleh pihak berkenaan dengan serta-merta.

Cats 29

Harap statistik ini dapat dikurangkan, risau tengok data tu…

Baca: Tok Siak & Pesara Didakwa Cabul Kanak-kanak 12 Tahun Di Tandas Surau

Cabul Kanak Kanak 12 Tahun 1

Sumber: BFM News

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.