in

Tok Siak & Pesara Didakwa Cabul Kanak-kanak 12 Tahun Di Tandas Surau

Cabul Kanak Kanak 12 Tahun 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang tok siak berusia 56 tahun dan pesara berusia 74 tahun ditahan bagi membantu siasatan kes cabul kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun.


Kes yang berlaku di Bukit Sentosa, Hulu Selangor itu dipercayai berlaku di sebuah tandas surau dan rumah suspek, kedua-dua suspek itu dikatakan menunjukkan kemaluannya kepada mangsa.

Menerusi sebuah kenyataan, pihak polis difahamkan telah berjaya menangkap kedua-dua lelaki warga tempatan itu di dua lokasi yang berasingan dan ujian air kencing kedua-dua suspek negatif.

“Semakan kedua-dua suspek didapati tidak mempunyai rekod lampau, suspek ditahan reman bermula dari 4 Mac 2023 hingga 10 Mac 2023 selama tujuh hari untuk siasatan lanjut si bawah seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017,” tulisnya.

Pihak polis percaya dengan tertangkapnya kedua-dua suspek ini telah berjaya menyelesaikan kes ini.

Selain itu, pihak polis menasihati orang ramai tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang tidak tepat serta menularkan berita-berita yang palsu dan hendaklah merujuk kepada pihak polis atau pegawai berkuasa bagi mendapat maklumat yang sahih.

Baca: Kanak-kanak OKU Maut Dipukul Teman Lelaki Ibu, Mayat Dibuang Ke Kawasan Semak

Kanak Kanak Oku Maut

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.