in

“Sampai bila kes nak selesai” – Lebih 50 Pelajar Pasir Gudang Alami Muntah, Loya & Pening Akibat Pencemaran Udara Lagi??

Budak Sakit Pg

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ingatkan kes dah selesai… rupa-rupanya masih berlaku lagi! 


Semalam, lebih 50 pelajar dari beberapa sekolah SEKALI LAGI dilaporkan mengalami muntah-muntah, loya dan pening kepala yang berpunca daripada pencemaran udara yang berlaku sekitar 1 petang di Pasir Gudang.

Menurut Utusan Online, kejadian ini melibatkan murid dari Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Puteri Resort, SK Kopok, SK Kota Masai 1 dan SK Pasir Gudang 4.

Image
sumber: utusan online
67239720 484408445651049 3315027145427779584 N
sumber: facebook

 

Jabatan kesihatan ambil sampel air kencing pelajar untuk analisis

Pun begitu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebudayaan dan Warisan, Mohd Khuzzan Abu Bakar berkata setakat ini tiada pelajar yang dirujuk ke Hospital Sultan Ismail untuk mendapatkan rawatan susulan. Kesemuanya hanya dirawat di Klinik Kesihatan Pasir Gudang dan Masai.

“Jabatan kesihatan telah mengambil sampel air kencing pelajar terbabit untuk dianalisis bagi mengesan bahan yang menyebabkan mereka mengalami simptom sesak nafas dan muntah,” katanya.

66832445 484408405651053 87119846776504320 N

66866583 484408475651046 7486607383997710336 N

66834208 484408228984404 3335174884257955840 N
sumber: facebook

Dilaporkan juga seramai 40 anggota kesihatan di klinik berkenaan telah memberikan rawatan dan bantuan kepada mangsa pencemaran tersebut.

 

“Darah dah berbotol-botol ambik, kalau anak saya saja-saja buat kenapa nak ambil darah… baik suruh balik aje” 

Seperti yang semua orang dapat jangkakan, ibu bapa antara yang paling terkesan bila kejadian ini menimpa anak-anak mereka.

Menurut laporan Utusan, netizen bernama Nor Izah Ahmad telah meluahkan rasa tak puas hatinya terhadap insiden tu kerana sampai sekarang tiada jalan penyelesaian.

“Sampai bila kes nak selesai, sampai bila anak-anak nak tanggung kesakitan, ambik darah ja memanjang tapi tak dapat keputusan lagi.

“Darah dah berbotol-botol ambik, kalau anak saya saja-saja buat (pura-pura muntah, loya dan sakit kepala) kenapa nak ambil darah, air kencing, masuk air bagai baik suruh balik aje,” tulis Nor Izah di media sosial.

66767018 484408315651062 3627259323542929408 N

67048711 484408385651055 190804231362445312 N
sumber: facebook

Kesian betul admin tengok budak-budak sekolah di Pasir Gudang ni. Masalah sama berulang tanpa temui jalan penyelesaian…

Baca: “Penduduk Pasir Gudang Berpotensi Menghidap Kanser Dan Rosak Organ Dalaman” – Pensyarah Kanan Kimia

Pasir Gudang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.