in

“Penduduk Pasir Gudang Berpotensi Menghidap Kanser Dan Rosak Organ Dalaman”- Pensyarah Kanan Kimia

Featured New

Bagi yang mengikuti rapat perkembangan ‘kes’ yang berlaku di Pasir Gudang sehingga melibatkan gangguan kesihatan ke atas pelajar sekolah pasti menyedari yang kes tersebut sehingga kini masih belum menemui jalan penyelesaian.

Namun perkembangan terkini yang diumumkan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin baru-baru ini sedikit membimbangkan apabila dilaporkan terdapat kewujudan 3 jenis gas di kawasan kejadian iaitu akrilonitril, akrolein dan metil merkaptan.

Perkara itu nyata membimbangkan masyarakat setempat yang ingin tahu mengenai kesan sampingan khususnya dalam aspek kesihatan sama ada dalam tempoh jangka pendek dan panjang.

Featured 2

Dapatan analisis Pensyarah Kanan Fakulti Kejuruteraan Kimia Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam Ir Dr Zulkifli Abdul Rashid mendedahkan yang gas akrilonitril mempunyai sifat karsinogenik yang mampu mengakibatkan kanser sekiranya individu terdedah dengan gas setiap hari atau tempoh yang lama, lapor Bernama.

Gas ini (akrilonitril) bukan sahaja memudaratkan kesihatan bagi kesan masa pendek, tetapi boleh membahayakan organ dalaman sehingga bertindak balas menghasilkan bentuk kanser untuk kesan masa panjang.”

Katanya, melalui eksperimen yang dilakukan ke atas tikus makmal menggunakan gas sama, mengakibatkan tumor pada tikus. Malah kajian saintifik lain juga menunjukkan akrilonitril penyebab kepada kanser paru-paru terhadap manusia.

Namun beliau berkata ia juga bergantung kepada beberapa faktor lain seperti sejarah perubatan, faktor umur, durasi dan konsentrasi terdedah kepada gas.

Ir Dr Zulkifli turut menjangka kewujudan lima gas toksik termasuk 3 yang telah dikesan setakat ini iaitu apabila metil merkaptan dan akrilonitril bertindak balas dengan unsur air, boleh menghasilkan dua jenis gas toksik lain iaitu hidrogen sulfida dan hidrogen sianida yang mengakibatkan bau busuk dan tengik

Bau ‘misteri’ yang dialami penduduk di sekitar Pasir Gudang kemungkinan kerana terhidu satu daripada dua gas itu. Bau hidrogen sulfida seperti bau telur busuk, manakala hidrogen sianida mempunyai bau ‘badam pahit’.”

Os Am 249673 20190318083448

1
Sumber : google

Untuk rekod, kejadian gangguan kesihatan di kawasan Pasir Gudang sejak 20 Jun lepas merupakan kali kedua berlaku selepas insiden pembuangan sisa kimia di Sungai Kim Kim tiga bulan lepas, yang menyaksikan lebih 4,000 orang jatuh sakit dan 111 sekolah ditutup.

Gelombang kedua dilapor berlaku di Sekolah Agama Taman Mawar yang melibatkan 15 murid mengalami gejala muntah, loya dan sesak nafas dipercayai akibat terhidu udara yang telah tercemar, diikuti 13 murid Sekolah Kebangsaan Pasir Gudang 4, pada hari sama.

 

Semoga penduduk di sana dijauhkan dari segala bahaya dan kes ini cepat selesai!

Baca : Kenapa Tak Isytihar Darurat Kat Pasir Gudang? Ini 20 Perkara Serius Boleh Berlaku Kalau Darurat Diisytiharkan!

Darurat