in

Sambutan Hari Easter Berdarah, Letupan Bom ‘Menggegarkan’ Tiga Buah Gereja Di Sri Lanka. Angka Korban Terus Meningkat!

Untitled Collage 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kemeriahan sambutan Hari Easter tengah bandar Colombo, Sri Lanka hari ini terbantut sebaik beberapa siri ledakan bom menggegarkan tiga gereja — yang sedang dipenuhi penganut Kristian.


Serangan dipercayai dilakukan oleh pengebom bunuh diri.

Setakat artikel ini ditulis, The Indian Express melaporkan angka korban meningkat kepada 100 mangsa berbanding 50 mangsa tengahari tadi — dan jumlah itu dijangka meningkat dari semasa ke semasa.

Letupan pertama dilapor berlaku di St. Anthony’s Church, dengan sekurang-kurangnya 160 orang cedera dan telah dibawa ke Colombo National Hospital untuk rawatan lanjut.

Manakala letupan kedua menyusul di St. Sebastian’s Church di Negombo dan seterusnya di sebuah gereja lain di Batticaloa.

Saksi berkata, bangunan di sekitar gereja turut merasai gegaran kuat sebaik letupan berlaku.

Gambar serangan yang tular di laman sosial menunjukkan sejumlah mangsa berlumuran darah bergelimpangan di lantai gereja dan orang ramai yang terselamat memberi bantuan kepada mereka yang cedera.

Srilanka2

Srilanka6

Srilanka5

Selain itu, DailyMail melaporkan — pihak berkuasa Sri Lanka mengesahkan, tiga buah hotel lima bintang di ibu negara Sri Lanka turut menjadi mangsa sasaran serangan berdarah itu. 

Nama-nama hotel terbabit disahkan sebagai Shangrila Hotel, Cinnamon Grand dan Kingsbury Hotel.

Hotel1

Hotel3

Hotel5

Srilanka7

Susulan kejadian, kawalan keselamatan di negara itu diletakkan pada tahap tertinggi berikutan risiko berlakunya serangan susulan.

Perdana Menteri Sri Lanka, Ranil Wickremesinghe turut dilapor akan mengadakan mesyuarat tergempar hari ini.

Motif kejadian masih dalam siasatan, dan tiada kumpulan atau individu mengaku bertanggungjawab sebagai dalang kejadian tersebut setakat ini.

Majoriti penduduk Sri Lanka merupakan penganut Buddha, dengan hanya enam peratus daripadanya penganut Katholik.

Baca: 5 Perkara Yang Korang Perlu Tahu Pasal Kejadian Tembakan Rambang Di Christchurch New Zealand & Motif Utama Serangan!

Nz

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.