5 Perkara Yang Korang Perlu Tahu Pasal Kejadian Tembakan Rambang di Christchurch New Zealand & Motif Utama Serangan!

Sekarang ini fokus seluruh dunia tertumpu kepada kejadian yang berlaku di Christchurch, New Zealand. Sesuatu peristiwa yang sangat tidak disangka-sangka berlaku dan terjadi saat umat islam menunaikan ibadah solat jumaat.

Disebalik kekecohan yang berlaku ini, admin nak share kat korang 5 perkara yang korang kena tau pasal insiden di Christchurch, New Zealand.

1. Masjid Al Noor dan Masjid Linwood di Christchurch, New Zealand jadi sasaran ‘pengganas’ waktu solat jumaat.

Ini merupakan fakta yang paling penting! Kalau korang nak tau, kejadian tembakan rambang ini dilaporkan berlaku hari ini sewaktu umat islam sedang solat jumaat.

Dan dalam video yang tersebar memaparkan ada jemaah yang sedang memasuki masjid selain beberapa individu sudahpun berada di dalam ruangan solat..Allahu tergamak eh pelaku ni.

Sumber : Google

2. Tiada rakyat Malaysia terkorban dalam kejadian tersebut setakat ini.

Alhamdulillah menurut Kementerian Luar setakat ini tiada rakyat Malaysia yang dilaporkan terbunuh dalam kejadian tembakan rambang di dua masjid di Christchurch, New Zealand.

Walaupun dikatakan 2 rakyat Malaysia tercedera dalam kejadian itu, namun mangsa telah dihantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

Setakat ini dilaporkan sekurang-kurangnya, 49 terkorban dan 48 dilaporkan tercedera di kedua-dua lokasi berasingan.

Sumber : Google

3. Pelaku dikatakan orang Australia dan siap ada manifesto 87 muka surat lagi?

Sebenarnya siapakah pelaku kepada kejadian tersebut masih lagi belum dikenalpasti..Iyelah tak boleh suka-suka tuduh je kan?

Setakat ini empat individu telah ditahan termasuk seorang wanita.

Cuma maklumat yang dikongsikan, penyerang dikatakan bernama ‘Brenton Tarrant’ seorang warga Australia, berkulit putih, berusia 28 tahun, merupakan ekstremis anti-migran dan anti islam.

Yang scarynya pasal pelaku ni, dia siap ada manifesto 87 muka surat lagi pasal kenapa dia lakukan tembakan tersebut.

Ini antara alasannya :

Why did you carry out the attack?

To most of all show the invaders that our lands will never be their lands , our home lands are our own and that , as long as a white man still lives , they will NEVER conquer our lands and they will never replace our people. To take revenge on the invaders for the hundreds of thousands of deaths caused by foreign invaders in European lands throughout history. To take revenge for the enslavement of millions of Europeans taken from their lands by the Islamic slavers.

4. Saksi kata ‘pelaku’ pakai topi keledar hitam, baju bercorak askar dan membawa rifle bertulis ‘indiscriminate shooting’.

Actually ramai saksi tampil memberikan maklumat pasal kejadian tersebut, cuma yang paling mencuri tumpuan ialah kenyataan daripada Syed Ahmad yang mengatakan :

pelaku pada waktu itu pakai topi keledar hitam, baju bercorak askar dan membawa rifle bertulis ‘indiscriminate shooting’.

Seorang lagi saksi lain iaitu Len Peneha berkata waktu kejadian dianggarkan pukul 1.45pm, kelihatan kelibat seorang lelaki berpakaian hitam masuk ke dalam masjid dan melepaskan beberapa das tembakan..Semoga pelaku cepat-cepat dihadap ke muka pengadilan.

Lelaki itu kemudiannya dikatakan berlari keluar dari masjid dan menjatuhkan senapangnya di atas jalan sebelum lari dari lokasi kejadian.

5. ‘Pengganas’ sempat live streaming di Facebook sewaktu kejadian

Kejamnya pasal pelaku ni apabila dilaporkan dia buat live streaming di facebook selama 17 minit.

Dalam video tu boleh nampak bagaimana dia memandu ke Masjid Al Noor dan park keretanya di tepi jalan.

Dalam video tersebut juga menampakkan dia bergerak ke masjid sebelum melepaskan tembakan rambang bermula dari luar pintu masjid lagi.

Bagaimanapun MCMC dah keluarkan kenyataan supaya jangan di share atau post video terbabit! Ingat guys..

Baca : “Saya tak berhenti lari, saya dengar lebih 50 tembakan.”  Saksi Kongsi Detik Cemas Tembakan Rambang Di Masjid Christchurch

Ditulis oleh Isa Zubir

Sejenis manusia yang sempoi, masuk air dan kuat makan. Spesis makhluk yang kalau gelak tak ingat dunia, tapi tak perlu risau sebab aku still waras lagi. Perkara paling penting dalam hidup aku - FAMILY dan KERJAYA, yang lain jatuh nombor dua.