in

“Sahut cabaran menteri untuk 2 kerja” – Cikgu ‘Kata’ Ada Masalah Kewangan Lepas Kantoi Buat Side Job Edar Dadah

Sarawak Primary School Teacher Arrested For Drug Dealing Part Time Job World Of Buzz 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Biasanya cikgu akan rotan murid kalau dapat tangkap diaorang hisap rokok, tapi kat Sarawak ni cikgu sendiri yang mengedar dadah?


Menerusi Utusan Borneo, cikgu sekolah rendah ni mula jual dadah jenis Methamphetamine awal tahun ni sebab ada masalah kewangan.

 

Tak cukup duit

Cikgu yang berusia 49 tahun itu merupakan antara tiga individu ditahan disyaki terlibat dalam kegiatan berkaitan dadah di pekan Selangau Ahad lalu.

Dia ditangkap bersama  isteri, 38, dan seorang lelaki warga Indonesia. Mereka ditahan di sebuah restoran di Selangau sekitar 11 pagi semalam.

Pasangan itu ditahan semasa mereka di dalam kereta bersama dua orang anak mereka yang berumur 9 dan 17 tahun.

Ketua Polis Daerah Mukah DSP Jimmy Panya berkata, ketika pemeriksaan dilakukan, pihak polis menjumpai 3 paket kecil methamphetamine seberat 2.85 gram yang dibungkus dalam kotak rokok.

“Dalam siasatan awal, guru terbabit mengaku terlibat dalam pengedaran syabu secara kecil-kecilan sejak awal tahun ini di kawasan ladang sawit di Selangau dan Mukah disebabkan masalah kewangan.”

“Suspek mengaku memperolehi bekalan dadah daripada seorang pengedar di Sibu,” 

Bagaimanapun pemeriksaan urin mendapati ketiga-tiganya negatif dadah, guru sekolah rendah di Selangau itu bersama isterinya dan lelaki warga Indonesia ditahan reman empat hari untuk membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 12(3) Akta Dadah Berbahaya 1952 Kanun Keseksaan. Ingat, mengambil dan mengedar dadah takkan menyelesaikan masalah, ia hanya membebankan kita lebih-lebih lagi jika kita membawa imej yang baik di mata umum. 

Sepatutnya mendidik anak bangsa, jadi pemusnah anak bangsa – Netizen

Cikgu4
Sumber : world of buzz
Cikgu 9 Cikgu2 Cikgu3

 

Baca : Polis Johor Kantoi Ambil Dadah Dalam Balai Tapi Kena Denda RM1,800 Je?

Polis

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.