in

Rupa-Rupanya 5 Produk Ini Pada Asalnya Dicipta Untuk Orang Kurang Upaya!

Fi Fact

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Zaman serba moden ni banyak je kan produk canggih yang memudahkan kita sebagai pengguna? Kadang-kadang tu, ada satu produk pelbagai fungsi lagi!


Tetapi korang nak tahu tak lima produk harian ni sebenarnya dicipta untuk orang kurang upaya! Kalau korang nak tahu, jom kita tengok apakah produknya…

Mesin taip/ Papan kekunci

Keyboard

Sekarang ni semua orang mesti sekurang-kurangnya ada satu laptop atau komputer peribadi kan? Kalau tak pun mesti ada handphone. Tetapi, kalau korang nak tahu sebenarnya mesin taip zaman dahulu dan papan kekunci yang ada pada laptop, komputer dan telefon bimbit itu pada asalnya dicipta untuk orang buta.

Ia dicipta oleh seorang warga Itali bernama Pellegrino Turri untuk kawannya Countess Carolina Fantoni da Fivizzano yang tidak dapat menulis surat dengan tangan disebabkan cacat penglihatan.

Berus gigi elektrik

Berus Gigi

Pada tahun 1954, berus gigi elektrik Broxodent telah dicipta untuk membantu golongan yang mempunyai kekuatan, mobiliti dan kawalan yang terhad untuk memberus gigi dengan baik.

Didapati ciptaan ini ternyata lebih bagus berbanding berus gigi biasa sehingga pada tahun 2019, kajian mendapati individu yang menggunakan berus gigi elektrik kurang mengalami kerosakan gigi, gusi lebih sihat dan gigi bertahan lebih lama.

Aplikasi ‘speech to text’ dan pengecaman suara

Tap To Speak
Speech recognition concept. Hands-free communication. Machine translation.

“Hey Siri!”, pengguna telefon pintar seperti iPhone pastinya sudah terbiasa dengan bantuan Siri. Rupanya teknologi seperti Siri ini bukan sahaja terdapat dalam sebahagian besar telefon pintar, tetapi ia juga digunakan dalam pesawat tentera, sistem navigasi/hiburan kereta dan automasi rumah.

Jadi, sebenarnya ia dicipta untuk siapa? Ia pada awalnya dicipta untuk mereka yang tidak dapat menulis secara fizikal akses. Dengan menggunakan teknologi ini, ia membolehkan pengguna menghasilkan dokumen bertulis dengan hanya menggunakan suara sahaja.

Kini, terdapat juga variasi produk ini yang dicipta khusus untuk orang yang bekerja di mahkamah atau ahli transkripsi perubatan.

Fidget spinner

Pexels Sebastian Voortman 422285

Satu permainan yang pernah menjadi sangat popular sekitar tahun 2017 dahulu. Boleh dikatakan kebanyakan kanak-kanak pada ketika itu pasti pernah bermain permainan ini.

Fidget spinner ini sebenarnya dicipta untuk membantu menenangkan individu yang mengalami autisme, ADHD dan gangguan kebimbangan. Walaupun tiada kajian yang mengesahkan penggunaan fidget spinner ini sebagai alat penenang, tetapi ramai yang menggunakan ia apabila stress termasuklah dalam kalangan eksekutif perniagaan mahupun pelajar sekolah yang kebosanan.

Straw boleh bengkok

Pexels Tara Winstead 7123122 1

Seorang lelaki bernama Joseph Friedman pada tahun 1930-an telah mengubah reka bentuk straw lurus dengan menghasilkan penyedut minuman yang boleh bengkok.

Joseph mendapat idea setelah menyedari anak perempuannya mengalami kesukaran untuk minum air menggunakan straw yang lurus. Justeru, dia mencipta straw bengkok dengan meletakkan skru di dalam straw lurus lalu membalutnya dengan benang gigi untuk mendapatkan kesan beralun.

Walaupun pada asalnya straw bengkok ini bukan dicipta untuk orang kurang upaya, tetapi hospital antara tempat pertama yang menggunakan ciptaan ini untuk membantu pesakit minum dalam keadaan baring.

Sumber: iluminasi

Baca: Tahukah Anda, Ayam Betina Boleh Bertelur Walaupun Tanpa Ayam Jantan? Ini 6 Fun Facts Tentang Ayam

Baca Fact

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.