in

“Rumah tu lepas ni mesti angker dan mistik…” – Kes Bunuh Kerat 8: Suami Sorok Kepala Isteri & Anak Atas Siling Rumah!

Rumah Amgjer

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kecoh dalam minggu ini berikutan kes dua beranak telah menjadi mangsa pembunuhan kejam apabila mayat mereka telah dikerat lapan oleh seorang lelaki yang berasal dari Singapura.


Meskipun pihak polis telah menjumpai sebahagian badan mangsa yang telah dilempar ke dalam semak, baru-baru ni katanya mereka baru menjumpai bahagian kepala dua beranak yang telah dilempar ke dalam siling rumah mangsa. Allah terkejut min dengar! 

72870608 525316598293300 8685208232324497408 N

48025
sumber: blog

 

Kepala mangsa sudah dijumpai, dibaling ke dalam loteng rumah

Menurut Harian Metro, bahagian kepala dua beranak terbabit dikatakan telah disorok oleh suspek di rumah mangsa dekat Taman Merdeka Jaya, Batu Berendam, Melaka.

Kata sumber, kepala wanita dan kanak-kanak lelaki itu telah ditemui sepasukan polis di rumah mangsa kira-kira jam 8 malam pada Jumaat lepas. Pun begitu, pihak polis katanya dengan sengaja tidak mahu mendedahkan penemuan baharu anggota badan tersebut kerana khuatir ia akan mengganggu siasatan.

“Kedua-dua bahagian kepala mangsa ditemukan di atas loteng rumah dua tingkat yang didiami mangsa bersama suaminya.

“Keluarga mangsa juga hadir ke Jabatan Forensik Hospital Melaka, malam kelmarin (Sabtu), untuk pengesahan,” kata Ketua Polis Melak Datuk Mat Kasim Karim.

Rumah
sumber: hm

 

Pihak polis masih cari pergelangan tangan mangsa 

Kini pihak polis katanya sedang gigih berusaha mencari bahagian pergelangan tangan yang masih tidak dijumpai setelah difahamkan bahagian itu dibuang ke dalam tong sampah.

“Bahagian tangan belum dijumpai dan ia masih dicari dalam melengkapkan bahagian badan yang lain.

“Ia difahamkan dibuang ke dalam tong dan kemudiannya diangkut oleh pihak ditugaskan untuk dibuang selain sudah lama,” katanya lagi.

Suspek direman polis | sumber: astro awani

 

“Confirm takde yang berani nak menyewa umah tu nanti, silap-silap jiran pun pindah” 

Rata-rata netizen seperti biasa mula berspekulasi bahawa kawasan perumahan tersebut atau lebih spesifik rumah terbabit bakal mendapat gangguan mistik. Biasalah kan… bila dah ada kes-kes macam ni berlaku, maunya tak berhantu…. 

Seram
sumber: facebook

Macam manapun, netizen kat luar sana diminta janganlah buat sebarang spekulasi lagi dan harap-harap polis temukanlah bahagian tubuh mangsa yang masih belum dijumpai. Semoga keluarga mangsa terus kuat. 

Baca: “Berlaku pertengkaran antara suspek dan isterinya” – Ibu & Anak Umur 11 Tahun Identiti Mayat Dikerat 8?

Kerat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.