in

“Respect!” – Syarikat Rakaman ‘Cancel’ Pelancaran MV ‘Terlalu Mudah’ Sebab Hormat Hannah Delisha Dah Bertudung

Ft Laguhannah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak bertudung secara rasmi pada pertengahan tahun lepas, Hannah Delisha sering menerima pujian daripada netizen yang gembira melihat imej barunya itu.


Ramai memuji Hannah bukan sahaja kerana tudungnya labuh serta longgar tetapi juga kerana pelakon berusia 25 tahun itu bertindak memadam lebih 800 gambar di Instagram yang menunjukkannya berpakaian seksi sebelum berhijab.

Terbaru, pihak pengurusan syarikat rakaman Faithful Music juga turut dipuji netizen apabila mereka membuat keputusan untuk tidak melancarkan muzik video single terbaru Hannah Delisha bertajuk Terlalu Mudah.

 

Masa shooting belum berhijab

Menurut mStar, keputusan itu dibuat demi menghormati imej Hannah yang sudah bertudung dan wakil Faithful Music, Karim Razali berkata pihak mereka telah pun mengadakan perbincangan berkenaan hal tersebut.

Sebenarnya muzik video itu dah dirakam pada penghujung tahun 2019. Masa itu Hannah masih belum bertudung. Rancangannya kami nak release muzik video itu pada awal tahun lepas tapi disebabkan PKP, kami tangguhkan dahulu.

Selepas mengadakan perbincangan baru-baru ini termasuk dengan Faizal Tahir (pengasas Faithful Music), kami ambil keputusan tidak akan tayangkan muzik video Terlalu Mudah demi menghormati imej baru Hannah yang sudah berhijab.”

 

Tukar plan, upload MV lirik

Kata Karim, pihak mereka tiada rancangan untuk merakam semula MV tersebut dengan menampilkan Hannah yang sudah berhijab, sebaliknya akan memuat naik MV lirik lagu tersebut dalam masa terdekat.

Difahamkan, Hannah sendiri maklumkan dia tidak kisah jika pihak pengurusan ingin memuat naik video yang telah siap disunting itu kerana dia memang belum bertudung ketika rakaman dijalankan.

Tapi kami sudah sebulat suara untuk tidak memasukkan muzik video itu di Youtube kerana menghormati penampilan Hannah yang sudah bertudung.”

Buat masa ini, memang tiada sebarang perancangan untuk shoot balik muzik video baru sebab kita terikat dengan PKP, jadi pihak kami akan keluarkan muzik video lirik saja untuk lagu ini.”

Bagusnya Faithful Music. Menghormati privasi dan hak orang lain…

Baca: “Dosa tetap mengalir kalau…” – Hannah Delisha Terima Teguran Netizen, Padam Lebih 800 Posting Berpakaian Seksi di IG

Ft Hannah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.