in

“Dosa tetap mengalir kalau…” – Hannah Delisha Terima Teguran Netizen, Padam Lebih 800 Posting Berpakaian Seksi di IG

Ft Hannah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pada awal September tahun lepas, Hannah Delish mengesahkan dia telah mula memakai hijab dan sejak itu pelakon drama Cinta Sekali Lagi ini sering mendapat pujian daripada netizen di media sosial.


Ramai netizen suka melihat perubahan dirinya yang memakai tudung menutup dada dan penampilan barunya itu nampak begitu sopan dan manis.

Selepas beberapa bulan mengenakan hijan, Hannah telah mengambil langkah untuk memadam kira-kira 800 perkongsian di Instagram yang menunjukkan dirinya berpakaian seksi.

Menurut mStar, pelakon yang membawa watak Amani dalam drama Cinta Sekali Lagi itu membuat keputusan tersebut selepas menerima teguran daripada salah seorang pengikutnya di Instagram.

Individu tersebut menegur Hannah untuk memadam gambar-gambar lama yang memperlihatkannya tidak menutup aurat kerana ia masih menjadi tatapan umum.

Saya rasa lebih baik sis padam gambar-gambar sis yang tak bertudung. Sebab dosa tetap mengalir kalau ada lelaki bukan mahram yang tengok walaupun sis tengah buat kebaikan. Maafkan saya kalau tersilap kata.”

Ternyata tindakan Hannah memadam gambarnya di Instagram membuatkan ramai netizen memuji dan menggemari sikap pelakon kelahiran Singapura ini kerana menerima teguran dengan hati terbuka dan mengutamakan kepentingan menjaga auratnya.

Kini, Instagram Hannah mempunyai 203 postings selepas gambar-gambar lain itu dipadam dalam tempoh tidak sampai 24 jam. Bagaimanapun, masih ada beberapa gambar ketika dia belum memakai tudung tidak dipadam dari Instagram.

Namun, ada segelintir netizen berpendapat agar peminatnya memberi masa kepada Hannah kerana pelakon itu pastinya terikat dengan kontrak.

Bagi Hannah masa…tengok dia dah padam gambar tak sampai 24 jam. Sekarang tinggal lebih 200. Kita fikir positif dia tak padam mungkin ada lagi kontrak. Kan kena saman tak pasal-pasal Hannah. Kesian dia.”

Baca: “Kalau bertudung, bertudung la betul-betul” – Natasha Hudson Dikecam Netizen Gara-gara Pakaian Gaun ‘Seksi’ Nampakkan Bahu

Ikut Suka La

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.