Makin hari, makin pekat jerebu menyelubungi kawasan kediaman kita. Kalau jerebu kat sini pun dah rasa sesak dada, bayangkan bagaimana pula keadaannya di Indonesia sana.
Lebih menyedihkan, bencana jerebu ini terpaksa dilalui oleh pelajar Malaysia yang sedang menuntut di Jambi. Menerusi perkongsian netizen bernama Tuan Hasif di Twitter, dia berkongsi nasibnya dan pelajar lain di Jambi yang makin memburuk akibat jerebu.
“Makin kuning pekat warnanya dan keadaan makin terasa bahang dia. Doakan kami”
Bagi mereka yang mengikuti perkembangan lanjut mengenai jerebu ni, ramai yang perasan ada satu video yang menunjukkan suasana langit di Jambi yang kelihatan merah seperti di Planet Mars. Mungkin ramai yang tak percaya dan siap kata edit semata-mata.
https://twitter.com/zeedn_a/status/1175349024519380992
Namun Hasif melalui video yang dirakamnya menjelaskan fenomena itu benar berlaku dan situasinya di Kota Jambi juga lebih kurang sama.
Malah menurutnya lagi, ramai rakyat di sana yang sudah meninggal dunia gara-gara jerebu namun berita ni masih belum diketahui ramai. Sehingga setakat ini IPU di Jambi sudah meningkat ke 638. Allah… kesiannya yang duduk di sana!
https://twitter.com/LanunPisang/status/1175685690647924736
https://twitter.com/Qirinnnn/status/1175698612073811968
https://twitter.com/Qirinnnn/status/1175705110531334144
“Kami tidur dalam keadaan berhabuk berdebu sampai benda tu masuk dalam rumah”
Tambah Hasif lagi, pemakaian topeng N95 juga seperti tiada guna kerana habuk dan asap di sana terlalu kuat hingga masuk ke dalam rumah.
https://twitter.com/LanunPisang/status/1175693529965707264?s=19
https://twitter.com/LanunPisang/status/1175700004918288384
“Mak aku asyik call tanya macam mana sampai tak tidur-tidur lagi”
Mana-mana ibu pun kalau anaknya berada di tempat jauh dan dalam bahaya pasti risau akan keadaan anaknya kan? Itulah juga yang dihadapi oleh ibu Hasif. Moga-moga Hasif dapatlah pulang ke Malaysia segera.
https://twitter.com/LanunPisang/status/1175813894775988224
Marilah kita sama-sama doakan semoga Hasif dan pelajar Malaysia yang lain selamat daripada bencana jerebu di sana. Moga masalah jerebu ni cepat berakhir.