Kalau sebut pasal pemetik api, mesti ada yang terus terfikir tentang rokok. Sebab itu, bagi yang tak merokok, mungkin korang rasa tak ada sebab pun nak simpan benda ni dekat rumah.
Tapi sebenarnya, pemetik api ada banyak kegunaan lain yang kita selalu tak sedar sehinggalah tiba-tiba memerlukannya.
Jadi, kalau selama ni korang tak pernah terfikir nak simpan pemetik api dekat rumah, ini 5 sebab kenapa mungkin dah tiba masanya untuk ada satu sebagai simpanan.
1. Blackout memang tak bagi warning

Sekarang memang senang nak gunakan flashlight dekat telefon bila elektrik tiba-tiba terputus. Tapi kalau blackout berlarutan lama, mesti korang tak nak bergantung sepenuhnya pada bateri telefon, kan?
Sebab itu masih ramai yang menyimpan lilin sebagai salah satu barang kecemasan di rumah. Masalahnya, ada lilin pun tak guna kalau masa blackout baru tersedar tak ada benda nak nyalakannya.
Pemetik api boleh disimpan bersama barang kecemasan lain seperti torchlight, bateri dan power bank supaya mudah dicapai bila diperlukan.
Ia mungkin bukan barang yang korang gunakan setiap hari, tetapi macam payung atau kit kecemasan, kegunaannya baru terasa bila tiba-tiba diperlukan.
2. Dari birthday sampai camping, banyak lagi kegunaan lain
Bukan masa kecemasan sahaja kita perlukan sumber api.
Cuba kira berapa kali korang pernah nak pasang lilin atas kek birthday tapi satu rumah tak ada lighter. Belum campur nak nyalakan mosquito coil, buat BBQ atau bawa bersama ketika aktiviti outdoor dan camping.
Kalau korang menggunakan dapur gas dengan auto ignition, pemetik api yang sesuai juga boleh menjadi backup untuk menyalakan dapur gas secara manual apabila ignition tak berfungsi, selagi ia dilakukan mengikut arahan penggunaan dapur dan langkah keselamatan yang betul.
Sebab itulah pemetik api sebenarnya mempunyai kegunaan yang lebih luas daripada apa yang kita selalu kaitkan dengannya.
3. Kalau nak simpan di rumah, kualiti dan keselamatan kena ambil kira

Pemetik api mungkin nampak macam barang yang simple, tapi jangan lupa ia masih menghasilkan api. Jadi kalau nak beli dan simpan di rumah, aspek keselamatan dan kualiti memang tak patut dipandang ringan.
Sebab itulah korang kena pilih pemetik api yang bukan sekadar boleh menyala, tapi turut mementingkan aspek kualiti dan keselamatan seperti FLS.
FLS merupakan jenama pemetik api yang mahu membawa pembaharuan kepada kategori ini menerusi gabungan design moden, fungsi dan ciri keselamatan. Antara yang ditawarkan ialah pematuhan kepada standard ISO 9994, pensijilan keselamatan European Child-Proof serta penggunaan Polyoxymethylene (POM) explosion-proof wrap pada produk tertentu.
FLS turut menggunakan Constant Flow Valve Technology yang memastikan ketinggian api lebih konsisten, sekali gus membantu mengurangkan pembaziran gas.
Dari segi pilihan pula, korang boleh pilih beberapa variasi mengikut kegunaan dan citarasa. Antaranya F3 Transparent dengan tangki lutsinar yang memudahkan korang melihat paras gas, F3 Solid dengan design minimalis serta F3 Black yang hadir dengan kemasan matte.
Untuk yang mahukan pilihan berbeza, terdapat juga F4 Electronic yang menggunakan electronic ignition serta POM wrap sebagai ciri keselamatan tambahan.
Jadi, kalau pemetik api memang antara barang yang korang nak standby di rumah, tak salah pilih yang bukan sahaja menjalankan fungsi asasnya, tetapi turut menawarkan design lebih moden dengan ciri keselamatan yang diberi perhatian.
4. Barang praktikal pun tak semestinya kena nampak membosankan

Kalau fikir balik, banyak barang kegunaan harian yang dulunya kita beli semata-mata kerana fungsi, sekarang dah jadi sebahagian daripada lifestyle. Botol air, payung, phone case dan macam-macam lagi pun orang pilih berdasarkan warna dan design yang kena dengan citarasa masing-masing.
Jadi, kenapa pemetik api perlu kekal dengan rupa yang sama?
Selain memberi perhatian kepada fungsi dan keselamatan, FLS turut cuba membawa kelainan menerusi design yang lebih moden dan pilihan warna yang lebih menarik. Antaranya bentuk oval dengan bahagian bawah membulat untuk genggaman lebih selesa serta lima pilihan warna yang lebih menyerlah.

Bukan itu sahaja, FLS turut menyediakan pilihan private label dan house brand customisation untuk perniagaan yang mahu menghasilkan pemetik api dengan identiti sendiri. Daripada logo dan warna sehinggalah packaging dan design eksklusif, ia memberi lebih banyak pilihan kepada syarikat yang mahukan produk custom untuk jenama mereka.
5. Baru 2 tahun, FLS dah berkembang ke 16,000 kedai

Walaupun masih dianggap sebagai jenama baharu di Malaysia, perkembangan FLS dalam tempoh kira-kira dua tahun boleh dikatakan agak pantas.
Dalam tempoh enam bulan pertama, FLS berjaya berada di sekitar 3,000 outlet sebelum jumlah itu meningkat kepada 6,000 outlet menjelang tahun pertama.
Kini, FLS turut boleh didapati di rangkaian convenience store dan minimarket utama termasuk 99 Speedmart, myNEWS, KK Mart, G-Mart (Sabah), Happy Mart (Penang) dan Pantai Selamat (Pahang). Menjelang Januari 2026, jenama ini mencatatkan kehadiran di sekitar 16,000 kedai di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
Bagi jenama yang bermula daripada zero dalam pasaran Malaysia, perkembangan ini menunjukkan bahawa walaupun pemetik api merupakan kategori yang dah lama wujud, masih ada ruang untuk sesuatu yang lebih fresh dan berbeza.
Barang kecil, tapi bila perlu memang kena ada

Pemetik api mungkin bukan barang yang korang fikir tentang setiap hari. Tapi seperti kebanyakan barang keperluan lain, kita selalunya baru sedar betapa bergunanya benda tu bila tiba-tiba diperlukan.
Daripada blackout dan ignition dapur yang buat hal sampailah birthday, BBQ atau aktiviti outdoor, tak rugi pun kalau ada satu yang memang standby dekat rumah.
Jadi daripada tunggu sampai waktu perlu baru kelam-kabut mencari, korang boleh dapatkan pemetik api FLS di rangkaian kedai seperti 99 Speedmart, KK Mart, myNEWS, G-Mart, Happy Mart dan Pantai Selamat.
Dengan pilihan design yang lebih moden, pelbagai variasi serta ciri keselamatan yang diberi perhatian, bolehlah grab satu FLS dan simpan dekat rumah. Kecil je barangnya, tapi bila perlu memang berguna!
