in

Presiden AS, Donald Trump Dikritik Sebab Dakwa Kanak-Kanak Imun Jangkitan COVID-19?

Page 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Isu COVID-19 yang melanda dunia pada hari ini seakan tiada penghujungnya. Setiap hari kes jangkitan di seluruh dunia dilihat semakin meningkat malah jumlah kematian berada pada tahap yang membimbangkan.


Dalam pada kita membiasakan diri dengan norma baharu ini, pelbagai isu berbangkit yang menimbulkan spekulasi dan respon orang ramai.

Presiden Donald Trump yang sebelum ini lantang dalam melontarkan pendapatnya tentang COVID-19, kini beliau sekali lagi memberi kenyataan yang salah malah mencetuskan keraguan pelbagai pihak.

Edzm9Uawkaaqrc7

 

Trump dengan lantangnnya mendakwa golongan kanak-kanak ini imun dari terkena jangkitan COVID-19 ketika membincangkan tentang keperluan membuka sekolah di Amerika Syarikat melalui sebuah bual bicara di Fox News. Lapor Bloomberg.

“Ia tidak memberi kesan kepada mereka. Saya melihat beberapa doktor mengatakan bahawa mereka benar-benar imun”

Trump1

Video rakaman temu bual tersebut juga telah dimuat naik menerusi akaun Facebook dan Twitter penyokong trump @TeamTrump dan kemudiannya dikecam hebat oleh media antarabangsa sehingga posting tersebut disekat oleh Twitter kerana melanggar dasar syarikat mereka berkaitan dengan perkongsian maklumat yang salah tentang coronavirus.

 

Waktu pandemik macam ni korang jangan la berani nak buat statement yang salah. Pastikan sumber tu tepat kalau nak share. Nanti tak pasal-pasal kene kecam.

 

Baca: Trump Buat Hal Lagi, Kali Ini Cadangkan Doktor Suntik Bleach Untuk Rawat COVID-19!

Capture 1 3

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.