in

Trump Buat Hal Lagi, Kali Ini Cadangkan Doktor Suntik Bleach Untuk Rawat COVID-19!

Untitled Collage 73

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump kembali menimbulkan kegemparan dalam kalangan rakyatnya sendiri — pastinya, pasukan perubatan tentu naik pening memikirkan tentang sikap ‘main cakap’ pemimpin mereka yang satu ini.


Masih ingat lagi kes seorang lelaki Arizona yang menemui ajal selepas menelan chloroquine fosfat, iaitu sejenis bahan pencuci akuarium? Kejadian malang itu dikatakan berlaku, selepas Trump berkongsi beberapa ‘manfaat’ pengambilannya untuk mencegah jangkitan COVID-19.

Trump Tweet On Antimalarials For Covid Prophyaxis

Tidak lama selepas itu, Trump dilihat cuba menghasut penyokongnya di beberapa negeri supaya melakukan protes untuk menamatkan perintah berkurung.

Dan kali ini, satu lagi kontroversi tercetus — apabila presiden itu mengusulkan idea ‘tidak masuk akal’ agar suntikan cecair pembasmi kuman diberi kepada pesakit untuk merawat jangkitan COVID-19!

Kenyataan itu nyata mengundang padah, apabila beliau menerima kritikan pedas daripada pakar kesihatan yang secara terang-terangan menolak idea tersebut.

Malah, mereka juga berpendapat kenyataan demi kenyataan yang dikeluarkan presiden itu dalam sidang media harian hanya mendatangkan lebih banyak bahaya daripada maklumat yang berfaedah.

 

Susulan kenyataan Trump itu juga, gergasi pengeluar produk pembasmi kuman seperti Lysol dan Dettol iaitu Reckitt Beckinser — terpaksa tampil memberi amaran dan menasihatkan orang ramai agar tidak terpengaruh dengan cadangan tersebut.

 

Baca: “Cuba check sekali lagi please” – Netizen ‘Berang’ Trump Disahkan Bebas Jangkitan Covid-19

Capture 12

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.