in

PPIM Kongsi Senarai Logo Halal Diiktiraf JAKIM Bagi Barangan Import

Fi Halal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebagai umat Islam, Allah SWT menuntut kita agar sentiasa mengguna dan menikmati makanan serta barangan yang halal. Seperti firman-Nya di dalam al-Quran;

“Wahai sekalian manusia! makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana Sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh Yang terang nyata bagi kamu”. (al-Baqarah: 168)

Isu status halal bagi barangan import selalu dipertikaikan sejak dulu lagi, betul tak? Lebih-lebih lagi zaman sekarang ni dah macam-macam barangan import yang dijual.


Seperti yang semua ketahui, halal bermaksud dibenar dan tak dilarang oleh Allah SWT, dan ia bukan sahaja berkait dengan makanan dan minuman, tetapi ia juga melibatkan pakaian, alat perhiasan, alat kosmetik dan sebagainya. Namun, seringkali kita risau adalah status halal bagi makanan dan minuman.

Jadi, untuk korang yang selalu risau dan ada rasa ragu-ragu dengan status halal ketika membeli barangan import tu, jangan bimbang kerana perkongsian daripada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dapat sedikit sebanyak membantu!

https://www.instagram.com/p/Ca6cUZSByvi/

Menerusi laman Instagram mereka, pihak PPIM telah berusaha menyenaraikan beberapa logo halal daripada beberapa buah negara yang diiktiraf oleh pihak JAKIM.

Media Halal 3

Media Halal 2

Media Halal 1

Media Halal 4

Jadi lepasni kalau korang masih ragu-ragu dengan status halal masa nak beli barangan import, korang boleh rujuk semula senarai yang dikongsikan oleh PPIM ni atau pun korang boleh terus rujuk dengan JAKIM.

Baca: “Comel dan halal”- Dr Zulkifli Jelaskan Daging Penguin Halal Dimakan, Netizen Ramai Tak Sampai Hati Sebab...

Baca Halal

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.