in

“Comel dan halal” – Dr Zulkifli Jelaskan Daging Penguin Halal Dimakan, Netizen Ramai Tak Sampai Hati Sebab…

Collage 56

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Disebabkan burung penguin hanya tinggal di Antartika, tak ramai yang terfikir pun nak makan haiwan comel ni kan?


Namun baru-baru ini, seorang individu telah bertanyakan soalan kepada Maktabah Al-Bakri tentang hukum memakan daging penguin. Macam manalah boleh terfikir ya?

Soalan tersebut ternyata mendapat perhatian ramai netizen. Rata-ratanya tak faham kenapa soalan seperti ini perlu ditanya kerana banyak lagi benda lain boleh dimakan. Sebab harga ayam naik ke ni?

Screenshot 2022 01 26 At 11.47.59 Am Down

Comel dan halal

Menjawab persoalan individu tersebut, bekas Menteri Agama Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menjelaskan daging penguin ini halal dimakan. TAPI, ada sebahagian spesis seperti emperor penguin kini sedang terancam, jadi kenalah lindungkan?

Screenshot 2022 01 26 At 11.52.07 Am

Jawapan dari Dr Zul ini nampaknya telah membuatkan ramai netizen terkejut dan ada juga meluahkan yang dorang tak sampai hati nak makan daging penguin ni. Yelah bak kata Dr Zul sendiri, haiwannya comel sangat!

Screenshot 2022 01 26 At 11.53.52 Am Down

Untuk pengetahuan korang, walaupun daging penguin ini halal dimakan, kesemua 18 spesis penguin ini sangat dilindungi tau! Ini kerana, pada tahun 1959 sebanyak 12 negara telah menandatangani Penjanjian Antartika bagi melindungi kehidupan di sana.

Oleh itu, mencederakan, mengganggu atau memburu penguin atau telur-telurnya adalah salah di sisi undang-undang. Haa jangan macam-macam eh.

Apa-apa pun, min rasa memang bagus soalan yang diberikan ni. At least kita tahulah yang penguin ni halal dimakan. Bukan kita nak makan sangat pun kan, sekadar tambah pengetahuan je.

Apa-apa pun bercakap pasal comel dan halal ni teringat pulak rendang arnab. Sedap terukkkk

 

Baca: “Diorang confuse takde orang” – Penjaga Zoo Di Thailand Dedah Penguin Sunyi & Rindu Pengunjung

Screenshot 2022 01 26 At 12.16.14 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.