in

Positif Dua Jenis Dadah, Pemimpin UMNO Ditahan Sedang Berseronok di Pusat Hiburan

Tangkappp

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nak dekat-dekat pilihan raya ni, ahli politik memang akan jadi perhatian semua orang. Dah macam selebriti pun ada, setiap tindak tanduk mereka akan jadi tumpuan setiap masa. Ahli politik yang seorang ni pun tak terkecuali.


Menurut Malaysiakini, polis mengesahkan seorang ahli politik di Kuala Lumpur ditahan dalam satu serbuan kat sebuah pusat hiburan di Jalan Imbi. Lelaki yang dipercayai ketua bahagian UMNO itu didapati positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.

Meth
gambar hiasan

Dalam serbuan tu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi Shaharudin Abdullah maklumkan yang ahli politik tersebut khabarnya kena tahan bersama sekumpulan rakan yang ada sama-sama dengan dia waktu tu. Serbuan jam 2 pagi oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis Kontinjen Kuala Lumpur tu awalnya dibuat lepas dapat maklumat pasal aktiviti hiburan tanpa lesen.

“Ditahan dalam bilik sekitar sepuluh orang. Semua ditahan, semua positif (amphetamine dan methamphetamine),” kata Shaharudin.

“Kita ambil ujian, hasilnya positif dan kita tahan.”

Das
sumber: malaysiakini

Pemimpin politik yang turut anggotai beberapa Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) itu didapati positif dadah dan diserahkan kepada bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk tindakan lanjut.

Ujian air kencing juga telah dihantar ke makmal kimia untuk dianalisis bagi tindakan selanjutnya. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Merbahaya 1952. Buat masa ini, ahli politik tersebut khabarnya telah diikat jamin petang semalam pada jam 4 petang.

Macam-macam lah jadi nak dekat pilihan raya ni ye..

Baca: Pelajar Kolej Dicabul Ahli Politik dan Ditawarkan Wang Tunai Untuk Luangkan Masa Bersamanya

Parti

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.