in

Polis Kompaun ‘Founder Biadap Dengan Warga Emas’, Kerana Tak Pakai Mask Dalam Video Tular

Collage 44

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam kecoh di media sosial apabila viral video seorang usahawan terkenal dilihat berkelakuan biadap terhadap seorang warga emas ketika memberikan taklimat di Pusat Transit Gelandangan yang terletak di Kuala Lumpur.


Video berdurasi 55 saat itu telah mendapat perhatian orang ramai yang masing-masing telah menyatakan rasa tak puas hati mereka dengan tindakan founder tersebut mempersoalkan masa silam warga emas tersebut.

Screenshot 2021 07 29 At 10.52.43 Am

Dipanggil pihak polis

Ekoran video tular ini, seorang wartawan Astro Awani semalam telah memberitahu menerusi Twitter peribadinya bahawa Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Mohamad Zainal Abdullah telah pun memanggil lelaki di dalam video tular tersebut untuk memberikan keterangan mengenai insiden tersebut.

Bukan itu sahaja, pihak polis jugak sempat mengenakan kompaun sebanyak RM1,500 terhadap usahawan dan juga suami kepada pemilik butik pakaian wanita itu kerana gagal mematuhi SOP yang ditetapkan.

Dalam hal ini, polis telah keluarkan kompaun kepada individu tersebut kerana tidak memakai pelitup muka.”

 

Baca: “Umur berapa? Masa muda dulu menyesal tak main-main” – Netizen Bengang Tengok Cara Founder Persoal Warga Emas Depan Orang Ramai

Pengasas10

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.