in

Polis Cadang Nak Kompaun Neelofa & PU Riz?

Majlis4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Isu majlis perkahwinan antara Noor Neelofa Mohd Noor dan suaminya Haris Ismail atau PU Riz masih lagi belum sampai ke penghujung.


Terkini, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah mengatakan bahawa kertas siasatan sudah diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut..

Mohamad Zainal Abdullah berkata polis mencadangkan agar diberikan kompaun kepada pasangan terbabit, lapor Harian Metro.

“Timbalan Pendakwa Raya yang akan putuskan sama ada didakwa atau sebaliknya dan kami sudah serahkan kertas siasatan. Polis memberi cadangan untuk dikompaun.”

Sebelum ini, polis dilaporkan membuka kertas siasatan membabitkan majlis perkahwinan Neelofa dan PU Riz. Kes disiasat mengikut Seksyen 21A Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Isu pelanggaran SOP pada majlis itu timbul selepas tular di media sosial satu gambar menunjukkan jemputan yang hadir tidak mematuhi SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

 

Baca : “Yang itu, no comment” – Hadir di Majlis Nikah Neelofa, Datuk Seri Zulkifli Enggan Ulas Ketika Ditanya Tentang Pelanggaran SOP

Majlis 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.