in

PN Buat ‘Tabung Hibah Abah’, Ramai Netizen Tak Setuju Sebab…

Collage 18

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Macam yang korang tahu, bekas Perdana Menteri yang menerima gelaran ‘Abah’ Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini telah didakwa di mahkamah atas tuduhan rasuah dan pengubahan wang haram dan diberikan ikat jamin sebanyak RM2 juta.

Disebabkan ini, semalam Ketua Armada Bersatu Wan Fayhsal Wan Ahmad Kamal telah memuat naik posting di Instagram mengajak rakyat memberikan sumbangan bagi membebaskan presidennya.


Ayuh kita bantu sumbang bebaskan Abah esok!”

Dalam posting ini, Fayhsal telah memuat naik poster bantuan yang dinamakan ‘Tabung Hibah Abah’ ini turut meletakkan akaun bank Pertubuhan Jihad Ekonomi Melayu sebagai saluran untuk memberikan derma.

https://www.instagram.com/p/CpkKWxUvJ5W/

“Banyak lagi rakyat susah, abah tu dah kaya”

Namun begitu, menjengah ke ruangan komen, ramai yang tidak bersetuju dengan tindakan Wan Fahysal ini untuk meminta bantuan kepada rakyat. Menurut beberapa netizen, lebih ramai lagi orang lain yang memerlukan berbanding Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Selain itu, ramai juga tak setuju dengan tanda pagar yang digunakan oleh Ahli Parlimen Machang kerana menyalahkan kerajaan atas dakwaan yang dikenakan ke atas Muhyiddin.

Screenshot 2023 03 10 At 3.22.56 Pm Down

Korang rasa macam mana? Patut ke tabung macam ni dibuat?

 

Baca: “Hidup Tan Sri!” – Lebih 100 Penyokong Banjiri SPRM Untuk Beri Sokongan Pada ‘Abah’

Collage 11

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.