in

“Hidup Tan Sri!” – Lebih 100 Penyokong Banjiri SPRM Untuk Beri Sokongan Pada ‘Abah’

Collage 11

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, sebuah portal mengatakan bahawa bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah ditahan SPRM di padang golf namun begitu perkara ini telah pun dinafikan.


Manakala pada jam 11 pagi tadi, Presiden Bersatu ini telah pun hadir ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi memberikan keterangan berhubung kes rasuah Jana Wibawa.

Turut hadir bersama adalah ketua-ketua Bersatu iaitu Ahmad Faizal Azumu, Hamzah Zainudin, Azmin Ali serta Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.

Tak cukup dengan itu, lebih 100 penyokong bekas perdana menteri ini turut berkumpul di hadapan ibu pejabat SPRM sejak 9 pagi bagi memberikan sokongan.

Kebanyakan penyokong yang hadir ini telah memakai baju putih dengan gambar Muhyiddin sebagai tanda solidariti dan sorakan “hidup Tan Sri” turut kedengaran.

Dilarang ke luar negara

Untuk pengetahuan korang, dokumen mahkamah hari ini juga turut memberitahu bahawa Muhyiddin telah dilarang ke luar negara.

Ekoran ini, parti Bersatu telah mencabar sekatan yang dikenakan ini dengan memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi.

Sekatan perjalanan dikenakan kerana Perdana Menteri Anwar Ibrahim bimbang Muhyiddin akan bercakap mengenai perubahan dan perkembangan politik di Malaysia di forum antarabangsa.”

Manakala sebentar tadi, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki mengesahkan Tan Sri Muhyiddin Yassin akan didakwa di mahkamah esok.

 

Baca: [TERKINI] Muhyiddin Yassin Didakwa Ditahan SPRM?

Ft Ts Muhyiddin Ditahan Sprm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.